• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elon Musk Mahu Selamatkan ISS

oleh AK-47
28/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON : Hartawan terkemuka, Elon Musk berikrar syarikatnya, SpaceX akan menyelamatkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sekiranya Rusia cuba memusnahkannya ketika berperang dengan Ukraine.

Lapor Daily Star, Rusia mengancam untuk menjatuhkan ISS ke arah negara-negara yang melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Moscow disebabkan pencerobohan ke atas Ukraine.

Terdahulu, ketua agensi angkasa lepas Rusia (Roscosmos), Dimitry Rogozin mengeluarkan ancaman itu dalam media sosial sebagai tindak balas terhadap pelbagai sekatan diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang dikatakan akan ‘menjejaskan industri aeroangkasa’ negara itu.

Rogozin menerusi kenyataan bertanya sama ada AS ‘mahu memusnahkan kerjasamanya di ISS’.

“Sekiranya anda menyekat kerjasama dengan kami, siapa yang akan menyelamatkan ISS daripada keluar dari orbit dalam keadaan di luar kawalan dan jatuh ke atas AS atau Eropah? Soalnya.

Bagaimanapun, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX itu membalas siri ciapan Rogozin dengan memuat naik logo syarikatnya.

Ketika ditanya pengguna media sosial sama ada SpaceX akan menyelamatkan ISS daripada musnah, Musk mengesahkan syarikatnya akan berbuat demikian.

Sementara itu, Musk membalas ciapan lain yang memaparkan keadaan ISS tanpa penglibatan Segmen Rusia dan kapal angkasa, Dragon berlabuh untuk menyediakan keupayaan bangkit semula.

Rusia berdepan kecaman antarabangsa kerana tindakan ketenteraannya di Ukraine.

Malah, keputusan China memilih untuk berkecuali dalam undian resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengecam pencerobohan Rusia, menunjukkan Moscow semakin terpinggir.

Rogozin menerusi siri ciapan tersebut turut menyenaraikan India, China, AS dan Eropah sebagai ‘destinasi pilihan’ untuk menjatuhkan stesen seberat 500,000 kilogram itu.

-Utusan Online

Tags: Elon MuskISSselamatkan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Pilihan Yang Ada Jika Grok Digunakan Untuk Buang Tudung, Pakaian Anda

Ini Pilihan Yang Ada Jika Grok Digunakan Untuk Buang Tudung, Pakaian Anda

03/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang peguam menggariskan langkah yang boleh diambil oleh wanita Malaysia sekiranya pengguna X menggunakan chatbot AI Elon Musk...

Trump Namakan Elon Musk, Vivek Ramaswamy Teraju Jabatan Kecekapan Kerajaan AS

Trump Namakan Elon Musk, Vivek Ramaswamy Teraju Jabatan Kecekapan Kerajaan AS

13/11/2024
0

WASHINGTON: Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump, menamakan Elon Musk dan bekas calon presiden Parti Republikan, Vivek Ramaswamy, untuk mengetuai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd