• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ebit Lew Didakwa Atas 11 Pertuduhan Gangguan Seksual

oleh Mohd Arshad
18/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENOM : Pendakwah terkenal, Ebit Lew, 38, didakwa atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pertuduhan yang dihadapkan ke mahkamah hari ini membabitkan seorang pengadu yang membuat laporan polis pada 7 Ogos tahun lalu.

Pengadu mendakwa menerima hantaran gambar dan perkataan lucah daripada pendakwah terkenal itu antara Mac hingga Jun 2021 dan kejadian tersebut didakwa berlaku di Tenom.

Beliau berkata, susulan laporan itu, terdapat dua lagi laporan polis diterima termasuk membabitkan satu kes yang didakwa berlaku di Semenanjung. Kesemua pengadu berusia antara 21 hingga 40 tahun.

“Daripada tiga laporan polis yang diterima, dua kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu kes di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Hari ini tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tenom bagi 11 pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membuat hantaran gambar dan perkaraan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi Whatsapp. Mengikut pertuduhan itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Abd. Jalil berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi bagi mengganggu prosiding mahkamah berkaitan kes tersebut.

“Biar undang-undang dilaksana secara adil-adilnya kepada mereka yang dituduh dan juga pengadu yang terlibat. Kita serahkan kepada pihak mahkamah untuk menentukan,” katanya.

Menurut beliau, siasatan berkaitan unsur fitnah juga telah dilakukan tetapi di akhir siasatan setelah dikumpul bukti-bukti yang ada, hasilnya kes ini dibawa ke mahkamah.

Tambahnya, siasatan selanjutnya bergantung kepada apa yang berlaku dipenghujung perbicaraan kes tersebut.

Dalam pada itu, beliau meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes tersebut untuk tampil membantu siasatan polis.

-Utusan Online

Tags: Ebit Lewgangguan seksualIsu Ebit Lewtuduhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PN Tawar Pelan Pembangunan Ekonomi Majukan Lagi Johor

Next Post

PRN Johor: Salahuddin, Aminolhuda Antara 16 Calon Amanah

Related Posts

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

28/04/2025
0

AMSTERDAM: Israel bakal berdepan tuduhan melanggar undang-undang antarabangsa kerana enggan membenarkan bantuan memasuki Semenanjung Gaza. Ia berikutan apabila puluhan negara...

Polis Siasat Dakwaan Gangguan Seksual Anggota Polis

Polis Siasat Dakwaan Gangguan Seksual Anggota Polis

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Polis menyiasat dakwaan seorang wanita menjadi mangsa gangguan seksual oleh anggota polis ketika hadir memberi keterangan berkaitan...

Next Post

PRN Johor: Salahuddin, Aminolhuda Antara 16 Calon Amanah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd