• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Rasuah: Tiada Laporan Diterima- PDRM

oleh Mohd Arshad
20/02/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menerima rasuah dalam mengendalikan kes anak ahli perniagaan yang ditahan atas kesalahan dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya membabitkan dakwaan itu.

“Tiada laporan polis dibuat membabitkan dakwaan itu. Saya hanya boleh sahkan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Tommy membidas dakwaan pengguna Twitter dikenali Edisi Khas kononnya beliau menerima rasuah ketika mengendalikan kes tersebut.

Bekas Peguam Negara itu berkata, peguam kepada tertuduh menghantar representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara bagi mempertimbang keputusan untuk membuat pertuduhan.

Bagaimanapun, selepas mengkaji representasi dan kertas siasatan (IP), menyemak peruntukan undang-undang berkaitan dan berbincang dengan semua Timbalan Pendakwa Raya, Tommy memutuskan untuk mengurangkan pertuduhan.

Penerimaan representasi daripada peguam dan tertuduh serta mengurangkan atau menggugurkan pertuduhan selepas itu adalah perkara biasa di Jabatan Peguam Negara.

Sebelum ini, akaun Twitter, Edisi Khas mendakwa, Tommy ketika bertugas sebagai Peguam Negara menutup kes anak ahli perniagaan terkenal yang ditahan pada 2019 kerana dikatakan memiliki dadah dalam kuantiti banyak dan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

-Utusan Online

Tags: Dakwaan RasuahlaporanPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

RCI Tabung Haji Tidak Didedah Selama 3 Tahun Elak Rakyat Hilang Keyakinan – PMX Anwar

RCI Tabung Haji Tidak Didedah Selama 3 Tahun Elak Rakyat Hilang Keyakinan – PMX Anwar

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Kerajaan tidak mendedahkan laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) selepas ia siap tiga tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd