• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Pantau, Kemas Kini Aplikasi MySejahtera Ketika Kuarantin

oleh AK-47
23/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Individu yang positif Covid-19 perlu memantau dan mengemas kini gejala yang dialami di aplikasi MySejahtera setiap hari supaya tahap kesihatan mereka dapat dipantau sepanjang tempoh kuarantin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui video TikTok yang dikongsi di akaun Twitter beliau pada Rabu menasihati individu yang positif Covid-19 supaya menghubungi atau terus ke fasiliti kesihatan terdekat jika mendapati gejala yang dialami semakin serius.

“Pantau gejala dan tahap kesihatan anda seperti sukar bernafas, demam berpanjangan, sakit dada dan hilang selera makan,” katanya.

Beliau berkata, individu yang mendapati diri mereka bergejala perlu segera mengasingkan diri dan melakukan ujian kendiri.

“Jika positif, laporkan keputusan ujian Covid-19 di MySejahtera. Semasa dalam tempoh kuarantin, anda akan menerima notifikasi pada (ruangan) Things To Do. Ini adalah alat penilaian kesihatan dan anda boleh mengemas kini gejala yang anda alami sentiasa,” katanya.

Khairy turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mengamalkan TRIIS iaitu uji, lapor, asing, maklum dan dapatkan rawatan serta memakai pelitup muka.

Bernama-

Tags: Covid-19kuarantinmysejahtera
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PBB Beri Amaran Perubahan Iklim Cetus 14 Peratus Kebakaran Hutan Pada 2030, 50 Peratus Pada 2100

Next Post

Majlis Keselamatan Ukraine Lulus Pelan Isytihar Darurat

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Majlis Keselamatan Ukraine Lulus Pelan Isytihar Darurat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd