• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Maut Digilis Lori Angkut Tanah

oleh AK-47
10/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Langat : Seorang buruh kasar ditemukan maut dengan kesan parah di kepala serta badan dipercayai digilis sebuah lori dengan mengangkut tanah di sebuah tapak pembinaan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, kemalangan maut dilaporkan berlaku jam 12.30 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori sedang mengundurkan kenderaan itu untuk membuang tanah di kawasan pembinaan berkenaan.

“Apabila selesai membuang tanah, pemandu terbabit keluar dari lori dipandunya untuk melihat tanah yang dibuang itu.

“Semasa pemandu lori ke hadapan lori, dia nampak pekerja buruk kasar itu terbaring dalam keadaan parah di kepala dan anggota badan akibat digilis oleh tayar lori dipandunya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, siasatan mendapati, mangsa adalah seorang lelaki warganegara Bangladesh yang berumur 42 tahun dan bekerja sebagai buruh kasar di tapak pembinaan berkenaan.

Katanya, saksi bebas yang melihat kemalangan berlaku atau saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan ini bolehlah menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Mereka boleh juga menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 atau 03-31872222,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BuruhMati Digilis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buruh Tak Mengaku Amang Seksual Fizikal Anak Saudara Perempuan

Buruh Tak Mengaku Amang Seksual Fizikal Anak Saudara Perempuan

24/04/2025
1

Kuala Terengganu: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap...

Buruh Dipenjara 33 Tahun, 20 Sebatan Kerana Rogol Penjawat Awam

Buruh Dipenjara 33 Tahun, 20 Sebatan Kerana Rogol Penjawat Awam

21/03/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang buruh yang mengaku bersalah kerana merogol seorang penjawat awam dua kali dan menceroboh rumah mangsa, dijatuhkan hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd