Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Petani Mengamuk Serang Polis...

KANGAR - Seorang anggota polis cedera pada ibu jari tangan setelah seorang petani...

Menginap Di Grand Lexis...

ALAMAK… Harga Grand Lexis dah naik….. TAPI.. CUMA TAMBAHAN RM20 PADA SEBELUM INI…...

Terminal Bersepadu Gombak, Sg....

KUALA LUMPUR - Kerajaan bakal mewujudkan dua lagi terminal iaitu Terminal Bersepadu Gombak...

Honda Malaysia Lancar Enam...

JOHOR BAHRU - Honda Malaysia Sdn Bhd akan melancarkan enam model baharu pada...

Bas Terbabas, Empat Pelajar USIM Cedera

SEREMBAN : Seramai empat orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) cedera selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian berhampiran sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Nilai, di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II, Raihan Che Mat berkata, pihaknya mendapat panggilan kejadian pada pukul 7.41 pagi dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

Jelas beliau, bas berkenaan membawa seramai 17 orang pelajar dan dalam perjalanan ke USIM.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami menerima laporan mengenai tumpahan minyak di atas jalan raya berhadapan restoran makanan segera, McDonald’s , Bandar Baru Nilai. Terdapat sebuah bas dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok kemungkinan akibat tumpahan minyak berkenaan.


“Terdapat empat orang pelajar cedera di tangan, pergelangan tangan dan ada yang cedera di bahagian tulang belakang. Kesemua pelajar terbabit telah dihantar menggunakan ambulans unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dan ambulans Kementerian Kesihatan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) katanya,” ketika dihubungi hari ini.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori