• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar USIM Bekerja Lebih 180 am Siapkan Rumah Solar Mizan Home

oleh Cj Mnh
12/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Sekumpulan 35 siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bekerja lebih 180 jam di Dubai sejak 2 Nov lepas demi menyiapkan pembinaan Rumah Solar Mizan Home sempena Pertandingan Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018.

Ketua Projek, Muhammad Ariff Hanafi, yang juga pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM berkata, beliau bersama kumpulannya dan dibantu lima pensyarah, memulakan pembinaan di tapak projek dari pukul 9.00 pagi hingga 11 malam setiap hari, selain perlu menempuh satu jam perjalanan dari penginapan untuk sampai ke tapak projek.

“Rasa penat, letih dan tekanan itu memang dirasai semua dengan ditambah cabaran suhu panas pada siang dan sejuk apabila malam di Dubai, tetapi itu semua kami abaikan kerana fokus utama dan motivasi tinggi untuk memastikan Mizan Home ini siap sepenuhnya menjelang esok seperti yang ditetapkan oleh penganjur.

“SDME beri pengalaman dan pendedahan yang amat bernilai kerana kami bukan sahaja melakar model rumah ini tetapi membinanya sendiri satu persatu,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Muhammad Ariff dan kumpulannya tiba di Dubai sejak 26 Okt lepas namun proses pembinaan tidak dapat dimulakan seperti perancangan asal, 29 Okt, kerana masalah yang berpunca dari proses dokumentasi dan kerosakan barangan yang dibawa dalam kontena.

Mizan Home adalah kerjasama USIM dan Universti Teknologi Malaysia iaitu wakil tunggal negara dan Asia Tenggara ke pertandingan yang dianjurkan oleh Dubai Electricity and Water Authority.

Sebanyak 15 buah rumah solar dari pelbagai universiti seluruh dunia terpilih menyertai pertandingan berprestij ini di mana para peserta perlu membina sebuah rumah pintar yang beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga solar selain perlu disesuaikan untuk menghadapi cabaran musim panas, habuk dan kelembapan yang tinggi di Dubai.- BERNAMA

Tags: Pelajar USIMrumah solar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bas Terbabas, Empat Pelajar USIM Cedera

08/02/2022
0

SEREMBAN : Seramai empat orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) cedera selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd