• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Terengganu: Penduduk Cemas, Dua PPS Dinaiki Air

oleh Mohd Arshad
27/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU : Mangsa banjir yang terjejas di Kampung Lubuk Periuk dan Kampung Peneh, di sini cemas apabila dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ dinaiki air awal pagi Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk Periuk, Abdul Rasek Ali berkata, PPS itu pada mulanya ditutup jam 1 tengah hari Sabtu kerana air di kediaman penduduk mula surut.

Bagaimanapun, menurut beliau, penduduk terpaksa berpindah semula kerana kediaman mereka kembali dinaiki air.

Menurutnya, PPS berkenaan sebelum ini menempatkan seramai 315 mangsa.

“Air naik pada tengah malam menyebabkan lapan penduduk membabitkan empat keluarga berpindah di PPS itu tetapi malangnya turut dinaiki air pada jam 6.30 pagi Ahad.

“Jumlah mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan kerana kami masih membantu pasukan penyelamat memindahkan penduduk ke kawasan lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sementara itu, penduduk Kampung Peneh, Rosliza Abdul Ghani, 41, berkata, air naik terlalu cepat berikutan hujan lebat berterusan sejak malam Sabtu.

Tambahnya, arus banjir yang terlalu deras menyebabkan penduduk kelam-kabut menyelamatkan harta benda dan keluarga ke rumah jiran di kawasan lebih tinggi di dua kampung tersebut.

“Kami panik sebab pada awalnya air sudah surut. Penduduk kini kampung saling membantu mereka yang terperangkap di rumah terutama warga emas dan kanak-kanak untuk berlindung di Masjid Kampung Peneh.

“Walaupun pekarangan masjid dinaiki air tetapi ruang dalamnya masih selamat untuk berlindung. Buat masa ini hampir semua rumah di Kampung Peneh dinaiki air,” katanya.

-Awani

Tags: BanjirBanjir TerengganuDinaiki Airmangsa banjirPPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd