• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN Perlu Main Peranan Besar Dalam Kerjasama EU Dan Indo-Pasifik

oleh AK-47
28/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dengan status sebagai rakan dagangan ketiga terbesar selepas China dan Amerika Syarikat, ASEAN dan rantau Indo-Pasifik secara keseluruhannya merupakan kawasan penting bagi Kesatuan Eropah (EU).

Indo-Pasifik merupakan pusat graviti ekonomi baharu dan geopolitik keseluruhannya dengan menyumbang lebih 50 peratus daripada perdagangan maritim global dan kira-kira 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia.

Justeru, Duta Besar Perancis ke Malaysia, Roland Galharague berkata, negara ASEAN termasuk Malaysia, mempunyai peranan sebagai pusat Asia bagi kerjasama strategik yang bertunjangkan sinergi, apatah lagi EU dalam banyak aspek adalah organisasi yang hampir serupa dengan ASEAN.

“Saya fikir idea itu agak mudah dan sedikit sebanyak cukup jelas. Ideanya ialah mewujudkan rangkaian perkongsian yang padat, yang tidak semestinya sama dalam semua sektor yang berbeza.

“Kami akan cuba meredakan ketegangan. Kami akan mendorong minat untuk menumpu, mengejar kepentingan secara lebih dekat antara satu sama lain. Kami juga akan meningkatkan autonomi strategik antara EU dan rakan kongsi indo pasifik kami,
untuk mengembangkan pilihan kami, mempelbagaikan tindakan dan diharapkan mencapai pendekatan menang-menang,” katanya dalam seminar bertajuk Multilateral and Inclusive Indo-Pacific Region: European Strategy And Opportunities For Malaysia and Southeast Asia secara virtual, hari ini.

Majlis Eropah mencapai persetujuan mengenai Strategi EU untuk Kerjasama di Indo-Pasifik pada April 2021.

Strategi Indo-Pasifik EU berpotensi menambah dimensi normatif yang kuat bagi membolehkannya kerjasama rapat dengan rakan kongsi Indo-Pasifik.

Seperti ASEAN, EU meletakkan kepentingan dalam membina perkongsian dan memperkukuh kerjasama pelbagai hala.

Terdapat tujuh bidang kerjasama yang dikenal pasti iaitu kemakmuran, tadbir urus dan lautan, perkongsian digital, produktiviti, keselamatan, pertahanan dan keselamatan manusia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Maritim Malaysia, Datuk Sabirin Ja’afar berkata, pengendalian lautan Pasifik dan India tidak boleh dilakukan secara berasingan, mengetahui hal sempadan, geopolitik, serta dasarnya.

“Kerjasama pelbagai hala berpotensi memastikan ekonomi dan keselamatan laut yang mampan, berpandukan undang-undang dan peraturan antarabangsa.

“Indo-pasifik menghubungkan Lautan Pasifik Barat dan India yang luas menjadi satu ruang maritim, dengan Asia Tenggara terletak di pusat geografi rantau ini.

“Oleh itu domain maritim, dan negara-negara Asia Tenggara, sangat diperlukan untuk wacana Indo-Pasifik,” jelasnya.

Seminar dua hari itu akan mengukur pandangan dan idea tentang peluang EU dan negara-negara Asia Tenggara bekerjasama dalam tadbir urus lautan, keselamatan maritim, isu kemampanan alam sekitar dan jaringan maritim.

Awani-

Tags: ASEANEUindo-pasifik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd