• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Maslan Tanya Wan Saiful, Apa Dia Sokongan Bersyarat?

oleh Mohd Arshad
04/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan bahawa sokongan parti berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilakukan secara bersyarat, sebagai satu ugutan.

Setiausaha Agung UMNO itu menegaskan, sokongan bersyarat tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat, melainkan ia bersifat ugutan yang dilihat hanya mempertahankan parti Wan Saiful.

“Rakyat tak tahu apa syarat yang mereka sebut ini, saya juga tidak tahu. Jadi saya ingin bertanya kepada Wan Saiful, apa dia sokongan bersyarat itu? Tolong nyatakan apakah ia ancaman atau ugutan kepada Perdana Menteri dan juga kerajaan yang ada sekarang ini.

“Mereka ini mungkin ada kepentingan untuk menjadi menteri-menteri dalam kerajaan Keluarga Malaysia, bukan begitu? Mereka ada kepentingan untuk meneruskan jawatan-jawatan mereka, begitu juga PAS dan BERSATU, mungkin itu antara syarat-syarat,” katanya seperti dilaporkan UMNO Online, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Barisan Nasional (BN) Tebrau, di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Maulizan Bujang.

Kelmarin, Wan Saiful dilaporkan mengingatkan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO bahawa sokongan BERSATU kepadanya selaku Perdana Menteri adalah bersyarat dan perkara itu akan dibawa semasa berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mengenai PRN Johor, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, tidak seharusnya timbul pertikaian kerana PRN sudah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad ditegur kenapa tidak berbincang untuk mengadakan PRN ini, tapi saya kira beliau mempunyai kaedah tertentu untuk memikirkan yang baik untuk negeri dan tentunya perkenan Sultan Johor itu telah pun diperoleh.

“Oleh kerana perkenan telah diperoleh, saya ingin nasihatkan BERSATU, PAS dan lain-lain, jangan hendak mempertikaikan PRN ini. Tentunya telah difikirkan semasak-masaknya untuk mendapatkan kestabilan pemerintahan di negeri Johor ini adalah nombor satu, iaitu bagi memastikan kemakmuran rakyat,” katanya.

BHonline-

Tags: Ahmad MaslanBERSATUPRN JohorWan Saiful
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd