• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

31,199 Kes Positif Covid-19; 305 Kes ICU

oleh AK-47
24/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan, 305 kes berbanding kelmarin, 286 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan peningkatan iaitu 191 kes berbanding kelmarin, 180 kes.

Katanya, Malaysia mencatatkan sebanyak 31,199 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding kelmarin, 27,179 kes sekali gus mengatasi 19,037 kes sembuh.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan peningkatan kepada 14 kluster berbanding kelmarin, sembilan kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,746 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini meningkat sebanyak 506 kluster berbanding jumlah kelmarin, 505 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,240 kluster berbanding kelmarin, 6,227 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 194 kes bersamaan 0.62 peratus daripada 31,199 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 31,005 kes bersamaan 99.38 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 194 kes kategori tiga, empat dan lima, 92 kes bersamaan 47.42 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 91 kes bersamaan 46.91 peratus mempunyai komorbid dan tiga kes bersamaan 1.55 peratus ibu mengandung; 45 kes bersamaan 23.20 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

“Selain itu, 108 kes bersamaan 55.67 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak; 41 kes bersamaan 21.13 peratus telah menerima dos penggalak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 55 kes berbanding semalam, 43 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,488 kes.

Bagi kes BID, sebanyak 23 daripada 55 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,629 kes.

-Utusan Online

Tags: Covid-19kes harian covid-19kes positif COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd