• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30,644 kes Covid-19,56 Kes Kategori 3,4,5 Dilaporkan Semalam

oleh Mohd Arshad
26/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 156 kes atau 0.51 peratus daripada 30,644 kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama sebanyak 30,488 kes pula atau 99.49 peratus daripada jangkitan harian semalam terdiri daripada kategori satu dan dua dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,367,871 kes.

Menurutnya, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 9,557 kes (31.19 peratus), kategori dua sebanyak 20,931 kes (68.30 peratus), kategori tiga sebanyak 91 kes (0.30 peratus), kategori empat sebanyak 39 kes (0.13 peratus) dan kategori lima 26 kes (0.08 peratus).

“Daripada 194 kes kategori tiga, empat dan lima, 33 kes (21.15 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 77 kes (49.36 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster) serta 46 kes (29.49 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Seterusnya, 78 kes (50.00 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 89 kes (57.05 peratus) mempunyai komorbid dan dua kes (1.28 peratus) ibu mengandung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 22,678 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 3,040,850 kes serta 332 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala 196 kes memerlukan bantuan pernafasan.

-Kosmo Online

Tags: Covid-19kes harian covid-19kes positif COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd