• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

300 Ahli BERSATU Tanjung Piai Sertai WARISAN

oleh AK-47
07/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN : Seramai 300 ahli BERSATU Tanjung Piai malam tadi mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Tindakan diketuai Setiausaha BERSATU Tanjung Piai, Hisamuddin Busri dibuat kerana mendakwa parti semakin hilang arah, tidak selari dengan prinsip perjuangan serta harapan akar umbi.

Hisamuddin yang juga Ketua Cawangan Bandar Pekan Nanas Timur, berkata tindakan itu dibuat secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Hari ini (malam tadi) secara terbuka saya yang juga Setiausaha BERSATU Tanjung Piai yang juga Ketua Cawangan BERSATU Bandar Pekan Nanas Timur mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.

“Seramai 300 ahli BERSATU Tanjung Piai turut keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini (malam tadi) dan memutuskan menyertai WARISAN.

“Kami adalah pejuang memperjuangkan nasib bangsa namun selepas BERSATU hilang arah dan prinsipnya terpaksalah kami keluar dan mencari parti baharu yang selari dengan prinsip kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pekan Nanas, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir Naib Presiden WARISAN, Datuk Junz Wong dan Bendahari BERSATU Bahagian Tanjung Piai, Mohd Rashid Alfred Abdul Rahman Heinrich.

Dalam pada itu, Hisamuddin berkata, ahli BERSATU Tanjung Piai yang keluar parti membabitkan lima Pusat Daerah Mengundi (PDM) iaitu PDM Pekan Nanas Timur, Pekan Nanas Selatan, Melayu Raya, Lubuk Sawah dan Ladang South Malaya.

“Esok (hari ini) saya akan menyerahkan surat rasmi keluar parti kepada Ketua Bahagian BERSATU Tanjung Piai, Musa Khamis, ” katanya.

Mengulas tindakan beliau bersama 300 ahli BERSATU Tanjung Piai menyertai WARISAN, Hisamuddin berkata, WARISAN sebuah parti yang unik kerana disertai ahli pelbagai kaum selain mempunyai prinsip yang jelas.

“Pemilihan menyertai WARISAN hasil kajian selama tiga bulan dan ia ternyata mempunyai hala tuju yang terbaik dan seiring dalam usaha membela nasib rakyat.

“Penyertaan parti ini dalam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) terpulang kepada pucuk pimpinan, hakikatnya kami sertai WARISAN bukan untuk tujuan bertanding, ” katanya.

Sementara itu, Junz Wong, berkata setakat ini, WARISAN mempunyai 85 cawangan di seluruh negara yang disertai 20,000 ahli.

-Berita Harian

Tags: Ahli BERSATUBERSATUTanjung Piaiwarisan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jentera PAS Tidak Bantu Calon Bersatu?

Jentera PAS Tidak Bantu Calon Bersatu?

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Jentera PAS tidak membantu calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Spekulasi...

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd