• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24,708 Kenderaan Dikenakan Tindakan JPJ

oleh AK-47
01/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Sebanyak 24,708 kenderaan dikenakan tindakan, termasuk saman dan notis dalam tempoh enam hari penugasan Op Tahun Baharu Cina bermula 25 hingga 30 Januari lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim, berkata daripada jumlah itu sejumlah 15,292 Notis P22 iaitu notis arah periksa dikeluarkan serta 2,328 kesalahan melebihi had laju dikesan melalui Automated Awareness Safety System (AwAS).

“Dalam tempoh enam hari operasi membabitkan seramai 2,200 anggota, sebanyak 67,265 kenderaan diperiksa.

“Kesalahan paling tinggi dikesan tiada lesen memandu dan tamat tempoh iaitu sebanyak 4,471, diikuti lesen kenderaan motor tamat tempoh atau tiada perlindungan insurans dengan 3,702 notis saman dicatatkan.

“Kita juga mengesan empat pemandu bas yang gagal pemeriksaan saringan air kencing iaitu disyaki terbabit dengan pengaruh dadah dan siasatan lanjut akan diselaraskan dengan pihak berkuasa berkaitan,” katanya pada sidang media di Terminal Bas Lembah Sireh di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Zailani berkata, tujuh strategi utama dirangka sempena Op Tahun Baharu Cina yang akan berakhir 8 Februari ini antaranya memberi fokus kepada pemeriksaan bas di depoh dan terminal, rondaan di lebuh raya dan jalan utama, penguatkuasaan khas motosikal serta penyamaran anggota sebagai penumpang bas.

Katanya, penguatkuasaan yang lebih tegas akan dikenakan untuk sembilan kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, memotong di garisan berkembar, lorong kecemasan dan barisan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar, membawa lebih muatan serta muatan bahaya.

“Sehubungan itu, sepanjang operasi ini kami akan membuat rondaan selama 16 jam bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam dengan menggunakan kenderaan penguatkuasa berlogo.

“Pemeriksaan bas di terminal dan depoh juga akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan penumpang kenderaan perkhidmatan awam khususnya bas ekspres untuk ke destinasi yang dituju,” katanya.

-Berita Harian

Tags: JPJKenderaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd