• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Juta Unit Ujian Kendiri RTK Ada Di Pasaran

oleh Mohd Arshad
22/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 18 juta unit kit ujian pantas (RTK) Antigen Covid-19 tersedia di pasaran.

Ia berdasarkan statistik penguatkuasaan dan pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

KPDNHEP dalam kenyataannya memaklumkan, lapan pengilang yang mendapat kebenaran bersyarat menghasilkan RTK di Malaysia telah mengeluarkan 4.306 juta unit sehingga Februari.

Manakala, negara telah mengimport 2.34 juta unit RTK dari tujuh buah negara.

“Jumlah keberadaan RTK tambahan di pasaran sehingga hujung Februari adalah 6.647 juta unit,” katanya pada Selasa.

Ujar kementerian itu, aduan berhubung kekurangan bekalan RTK menunjukkan peratus yang sangat rendah.

“Pada tahun ini bermula 1 Januari sehingga 21 Februari hanya tiga aduan sahaja diterima oleh kementerian berhubung kekurangan bekalan kit ujian ini,” katanya.

“Julat harga RTK di pasaran adalah antara RM4.90 hingga RM19.90 pada ketika ini namun 80 peratus RTK dijual di bawah RM10 seunit,” katanya.

Justeru, peniaga diberi amaran agar terus mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan penjualan RTK ini bagi mengelakkan tindakan tegas di ambil KPDNHEP.

“Peniaga yang dikesan melakukan kesalahan berhubung perkara ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 22, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan,” katanya.

Pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga berhubung bekalan dan harga RTK boleh mengemukakan aduan lengkap beserta butiran lengkap melalui WhatsApp 019-279 4317.

-Sinar Harian

Tags: Covid-19RTKUnit Ujian Kendiri COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

25,099 Kes Baharu, 100 Kes Kategori 3,4,5

Next Post

Bila Syed Saddiq Mahu Saman Hadi?

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Bila Syed Saddiq Mahu Saman Hadi?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd