Sample Page Title

Kuala Lumpur : Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) kembali menjadi Pusat Pemberian Vaksin Mega (PPV) bagi melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak (Booster) atau lebih dikenali sebagai PICK-B selaras dengan visi Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan kapasiti pemberian vaksin dos ketiga itu.

Ketua Pegawai Operasi WTCKL, Fauzy Wahab berkata, sebanyak 9,000 dos vaksin AstraZeneca akan disediakan di situ untuk orang ramai setiap hari.

Katanya, terdapat tiga penganjur penjagaan kesihatan (HCO) yang terbabit dalam program vaksinasi mega itu iaitu BookDoc, BP Healthcare dan U.N.I Klinik.

“Waktu operasi adalah jam 8.30 pagi hingga 9 malam setiap hari bermula Sabtu ini sehingga 15 Mac ini.

“Janji temu vaksinasi akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera atau melalui khidmat pesanan ringkas kerana ‘walk-in’ tidak lagi dibenarkan seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penerima vaksin dinasihatkan membawa pen sendiri untuk mengisi borang kebenaran sebagai usaha meminimumkan sentuhan fizikal melalui perkongsian pen di pusat vaksinasi seterusnya membantu mengurangkan penularan wabak Covid-19.


Fauzy berkata, laluan khas disediakan di PPV WTCKL untuk orang kelainan upaya dan warga emas.

“Kita juga menyediakan bilik bertenang untuk penghidap Gangguan Spektrum Autisme, Kecelaruan Keresahan dan Serangan Panik serta bilik perubatan khas untuk sebarang kes kecemasan di PPV Mega WTCKL,” katanya.

Menurutnya, kaunter pertanyaan juga disediakan di sebelah pintu masuk utama WTCKL yang menawarkan bantuan segera kepada orang ramai yang mempunyai sebarang isu berkaitan temujanji vaksin atau hal berkaitan MySejahtera.

“Selain itu, KKM juga bercadang membuka pusat panggilan di PPV Mega WTCKL bagi menjawab sebarang pertanyaan berkaitan vaksin. Bagaimanapun ia masih belum diputuskan oleh pihak kementerian,” katanya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Harga Siling Runcit Minyak Masak Botol Ditetapkan Selama Sebulan

PETALING JAYA – Harga siling minyak masak tulen kemasan botol bermula 1 kilogram (kg)...

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

Kuantan : Kerugian dilapor mangsa kes jenayah komersial di Pahang bagi 1 Januari hingga...

Jawi Sudah Mula Siasat Gerakan Hadi Minnallah

PUTRAJAYA : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah mengambil tindakan termasuk segera menyiasat...

Malaysia Akan Terima Kapal Tempur LCS Dua Tahun Lagi – Hishammuddin

Kerajaan akan melaporkan jadual dan perkembangan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) secara berperingkat.Ikuti...

Mahkamah Tolak Permohonan Zahid Dapatkan Injunksi Terhadap Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

SIAPAKAH ANGGOTA PAC?

Sebelum kita beriya-iya membawang mengenai isu "kapal dah bayar tetapi tak dapat" seharusnya kita...

ISU KAPAL LCS: KEGAGALAN KEDUA RAFIZI HASUT RAKYAT

Memang tugas Rafizi Ramli menghasut rakyat. Apatah lagi dia kini Timbalan Presiden PKR. Jika...