• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utusan PBB Gesa ASEAN Guna Pendekatan ‘Inklusif’ Tangani Krisis Myanmar

oleh Mohd Arshad
13/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK: Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar menggesa negara Asia Tenggara untuk menyokong usaha antarabangsa untuk membabitkan semula pihak dalam krisis Myanmar yang dikuasai tentera, sehari selepas pemimpin tertinggi wilayah itu mengadakan pertemuan dengan ketua junta tentera.

Utusan Khas Setiausaha Agung PBB di Myanmar, Noeleen Heyzer, mengadakan perbincangan secara maya dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, yang juga Pengerusi baharu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), menuntut usaha sama dalam bantuan kemanusiaan dan mahu melihat perkembangan perancangan lima pelan damai, kata PBB dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Hun Sen menemui ketua junta, Min Aung Hlaing, bagaimanapun kumpulan hak manusia mengatakan tindakan itu berisiko ‘menghalalkan’ rampasan kuasa oleh tentera pada Februari tahun lalu serta tindakan keras tentera terhadap ribuan aktivis demokrasi serta penyokong pemimpin kerajaan yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.

Myanmar berada dalam keadaan huru-hara selama hampir setahun dengan tentera menyekat protes dan menentang etnik minoriti dan pasukan tentera yang baru ditubuhkan yang digelar ‘pengganas’.

Sekurang-kurangnya 1,400 orang awam menjadi korban, menurut aktivis yang dipetik oleh PBB.

“Utusan khas ini menyokong langkah membina keyakinan yang membabitkan semua pihak berkepentingan, sebagai tambahan kepada pertubuhan bersenjata etnik,” kata kenyataan itu berhubung perbincangan Heyzer dengan Hun Sen.

Konflik itu mengakibatkan perselisihan dalaman ASEAN berhubung langkah diambil untuk menangani krisis Myanmar, yang menyaksikan penyingkiran tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu jeneral tertinggi Myanmar dilarang menyertai mesyuarat ASEAN berikutan kegagalannya menghormati komitmen keamanan, pada Oktober lalu.

Bekas utusan PBB terdahulu, Brunei, sudah mengadakan pertemuan semua pihak berkepentingan sebagai prasyarat untuk melawat, namun ia ditolak oleh junta.

Utusan Myanmar akan datang dari Kemboja, Prak Sokhonn, berkata pendekatan itu tidak produktif Heyzer menggesa Prak Sakhonn (Menteri Luar Kemboja) bekerjasama dengannya serta dengan masyarakat antarabangsa mengenai ‘strategi yang diselaraskan ke arah mewujudkan persekitaran yang membolehkan dialog inklusif’.

Katanya, beliau menekankan penyelesaian yang diperlukan untuk diperoleh dengan membabitkan diri secara langsung dan mendengar dengan teliti daripada semua mereka yang terjejas.

BHonline-

Tags: ASEANkrisis MyanmarPBB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd