• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UTHM Sumbang RM90,000 Bantu Mangsa Banjir

oleh Mohd Arshad
02/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Batu Pahat : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menggerakkan misi bantuan banjir yang kesembilan dengan mengedarkan peralatan keperluan harian bernilai RM90,000 kepada mangsa banjir.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly berkata, dana yang terkumpul untuk misi berkenaan adalah hasil sumbangan warga UTHM dan juga orang ramai.

“UTHM melalui Yayasan UTHM berkolaborasi dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyalurkan bantuan banjir kepada mangsa banjir.

“Sebahagian daripada sumbangan berkenaan juga disalurkan kepada mangsa banjir di beberapa kawasan di Pahang baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wahid berkata, pada masa yang sama UTHM menggerakkan hampir 100 sukarelawan bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan Pekan Sungai Lembing, Pahang membabitkan kawasan komuniti seperti kedai, balai raya dan seumpamanya.

“Pihak universiti mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dalam membantu mangsa yang terkesan dengan bencana alam berkenaan.

“Semoga segala sumbangan yang diberikan oleh para penyumbang sama ada daripada kakitangan UTHM atau orang ramai dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir,” katanya.

Katanya, universiti melalui kluster ‘UTHM Prihatin’ sentiasa peka dan cakna terhadap isu-isu kemasyarakatan terutama berkaitan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

-Harian Metro

Tags: Banjirmangsa banjirUTHM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd