• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Johor Diberi Mandat Tentukan PRN: Ismail Sabri

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada UMNO Johor untuk menentukan sama ada perlu diadakan atau tidak Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.

Menurutnya, sebagaimana yang diputuskan dalam Majlis Tertinggi UMNO, perkara berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad untuk membuat keputusan dan dari segi peraturan ia juga perlu mendapat perkenan daripada sultan.

“Jadi kita serahkan kepada Johor dari segi menentukan sama ada nak pilihan raya atau tidak, tarikh dan sebagainya, kita serah kepada mereka.

“Kalau pilihanraya cepat, maka persediaan itu hanya di negeri Johorlah yang tahu kesiap siagaan mereka. Kalau mereka berasa bersedia, kita serahkan kepada Johor untuk menentukan,”katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau sebelum itu menghadiri Perjumpaan Khas Perdana Menteri bersama Ahli Biro Politik UMNO Negeri di Dewan UMNO Kelantan, di sini. Turut hadir, Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan kepimpinan UMNO Negeri.

Kerajaan Negeri Johor sebelum ini menyatakan akan meneliti kedudukan semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam membuat pertimbangan sama ada PRN perlu diadakan atau sebaliknya.

Ia berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian, 21 Disember lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai pertemuan Pas dan UMNO Kelantan pada Sabtu, Naib Presiden UMNO itu berkata, pihaknya optimis dengan sebarang keputusan yang akan diputuskan UMNO Kelantan nanti.

Katanya, ini kerana pihaknya mengambil pendekatan hubungan antara UMNO dan Pas di setiap negeri adalah berbeza dari segi kehendak dan situasi politiknya.

“Saya berharap keputusan ini beri faedah kepada kita dan kita sudah memberi mandat kepada UMNO Kelantan, maka kita akan beri sokongan kepada setiap keputusan,”katanya.

-Sinar Harian

Tags: Ismail SabrimandatpmPRN JohorUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd