• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO, BN Johor Ikut Perkembangan Semasa, Letak Calon Muda

oleh Mohd Arshad
28/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor akan melakukan perubahan, termasuk meletakkan calon muda seperti yang dimahukan oleh masyarakat dan akar umbinya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata proses mengenal pasti calon sedang dilakukan parti ketika ini dan dijangka akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Beliau yang juga Pengerusi BN Johor berkata, calon parti akan mengambil kira keperluan semasa, termasuk pertambahan pengundi muda susulan pelaksanaan secara automatik Undi 18.

“UMNO dan BN bukan statik dan berkembang ikut peredaran masa.

“Ketika ini, masyarakat mahu calon terdiri kalangan orang muda dan muka baharu, maka kita tidak abaikan apa juga saranan dan tuntutan pelbagai pihak dalam membentuk kerajaan Johor yang lebih stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Ditanya peratusan calon muda yang akan diletakkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Hasni bagaimanapun tidak dapat memberikan kuota atau peratusan yang tetap.

“Saya tak boleh tetapkan (kuota) begitu seperti mana yang berlaku pada PRN Melaka atau Sarawak kerana setiap calon (muda atau berpengalaman) mempunyai kekuatan masing-masing.

“Di Johor kita ada caranya. Penetapan kuota bukan caranya. Kita akan pertimbangkan semua aspek sebelum memuktamadkan calon,” katanya.

Sementara itu, Hasni turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang yang mengumumkan keluar daripada BERSATU semalam, selain menyatakan untuk menyokongnya sebagai Menteri Besar.

“Saya doakan beliau (Mazlan) terus bergerak aktif dalam politik. Dalam tempoh 24 bulan beliau menyandang jawatan EXCO Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, saya rasakan beliau sudah memahami cara kerja UMNO dan BN.

“Di situ saya rasa, Mazlan lihat kita ada persefahaman dan menyebabkan beliau yakin untuk menyokong BN, UMNO serta kepemimpinan saya,” katanya.

BHonline-

Tags: BN JohorDUNPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memahami perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sukar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd