• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tongkang RM6 Juta Yang Tersadai Sudah Ada Pemilik

oleh Mohd Arshad
03/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK : Tongkang bernilai lebih RM6 juta yang hanyut di tengah laut sebelum tersadai di Pantai Melawi di sini pada 30 Disember lalu telah dituntut pemiliknya, sebuah syarikat perkapalan berpangkalan di Singapura hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, syarikat Millennium Marine Shipping (MMS) telah melantik sebuah agensi tempatan Jassari Arrash Ship Sdn. Bhd. (JASS) bagi membuat aduan kehilangan tongkang itu

Menurutnya, siasatan turut dijalankan untuk mengesahkan JASS wakil yang sah bagi memastikan barangan yang berharga itu dapat dikembalikan kepada pemilik sebenar mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Siasatan lanjut mendapati tongkang berkenaan terpaksa dilepaskan oleh bot penunda MMS yang mengalami kerosakan salah satu enjin di perairan Tok Bali, dekat Pasir Puteh pada pukul 9 malam Khamis lalu.

“Tindakan itu terpaksa dilakukan untuk keselamatan tujuh kru bot penunda warga Indonesia selepas gagal mengawal pergerakan tongkang dalam situasi angin kencang dan laut bergelora,” katanya kepada pemberita di lokasi tongkang tersadai di Pantai Melawi, di sini hari ini.

Tongkang berukuran 100 meter panjang itu ditemukan anggota pasukan pemantau Op Covid-19 (Bravo 8) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) yang menjalankan rondaan di pusat peranginan, pukul 5.30 petang Khamis lalu.

Sementara itu, Pengurus JASS cawangan Kelantan, M. Fakrul Razzi Muhammad ketika ditemui berkata, laporan kejadian dan kehilangan tongkang dibuat di Balai Polis Jelawat di sini Jumaat lalu, selepas mendapat arahan MMS untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, tongkang berkenaan yang mampu mengisi muatan sehingga 5,000 tan dalam perjalanan dari Singapura ke Songkhla, Thailand untuk mengangkut batu namun terpaksa dilepaskan apabila bot penunda gagal mengendalikannya ketika dilambung ombak besar.

“Tujuh kru bot penunda mudik ke Kuala Tok Bali dan berlabuh di jeti Semerak Shipyard. Tongkang kini ditambat berdekatan Chalet Pantai Sri Perkasa akan ditunda ke tengah laut oleh bot tunda tempatan selepas keadaan laut tenang.

“Pemeriksaan ke atas keadaan tongkang akan dilakukan sebelum mengambil keputusan sama ada meneruskan perjalanan ke Songkhla atau berpatah balik ke Singapura,”ujarnya.

Menurutnya, tongkang berkenaan sering berulang-alik merentasi perairan negara bagi mengangkut batu dari Thailand dengan kelulusan Jabatan Laut Malaysia (JLM) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

-Utusan Online

Tags: tongkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Rumah Roboh Dilanggar Tongkang Hanyut

28/07/2018
0

TAWAU - Sebuah kapal tongkang hanyut sejauh satu batu dan melanggar tiga rumah di perkampungan atas air di Lorong Jambatan...

Lagi Kes Culik Kru Bot Tunda Di Sabah, Kali Ini 5 Mangsa

19/07/2016
0

LAHAD DATU - Polis tidak menolak kemungkinan lima kru yang hilang selepas sebuah bot tunda ditemui terdampar di perairan Dent...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd