• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Kluster Pendidikan Baharu COVID-19 Di Kedah

oleh Mohd Arshad
25/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Tiga lagi kluster pendidikan COVID-19 direkodkan di Kedah pada hari ini dan semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, berkata satu kluster baharu direkodkan hari ini, manakala dua lagi diisytihar semalam.

“Hari ini seramai 40 kes positif COVID-19 membabitkan pelajar Kolej Vokasional Kulim yang ini diisytiharkan sebagai Kluster Dah Bunga Junjong.

“Semalam pula kita catat Kluster Dah Jalan Stadium di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Mohamed Al-Bukhary di sini apabila sebanyak 56 kes dilaporkan.

“Satu lagi kluster semalam adalah Kluster Dah Batu 16 di Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pak Ya), Yan yang merekodkan 19 kes positif COVID-19,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, 11 kluster COVID-19 berkaitan pendidikan di Kedah direkodkan sehingga kelmarin.

Kluster berkaitan institusi pendidikan meliputi guru dan pelajar di Kedah mula direkodkan pada 11 Januari lalu, membabitkan Kluster Dah Che Bema yang tercetus selepas dua hari sekolah dibuka semula.

Pada 17 Januari lalu, Kluster Dah Jalan Merbau dikesan membabitkan warga Kolej MARA Kuala Nerang.

Seterusnya, tiga kluster baharu COVID-19 dilaporkan pada 18 Januari lalu, iaitu Kluster Dah Penyarom membabitkan warga Maktab Mahmud di Pendang; Kluster Dah Teluk Teduri (Maktab Rendah Sains MARA/MRSM Baling); dan Kluster Dah Jalan Pantai (SMK Kota Kuala Muda di Sungai Petani).

Ia disusuli tiga lagi kluster, iaitu Kluster Dah Padang Halban (SMK Changlun di Kubang Pasu); Kluster Dah Sungai Kob (SMK Sungai Kob, Kulim); dan Kluster Dah Sungai Limau (Sekolah Menengah Agama Saadah Al-Diniah Al-Islamiah di Yan).

BHonline-

Tags: Covid-19JKN KedahKedahKluster Pendidikan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd