• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Masalah PKR Guna Logo Sendiri – Mat Sabu

oleh Mohd Arshad
27/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang membenarkan PKR menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat tidak akan menjejaskan peluang gabungan itu untuk mencatatkan kemenangan.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, keputusan itu juga tidak akan mengelirukan pengundi dalam mereka membuat keputusan penting untuk masa depan rakyat Johor.

Jelas beliau, hal itu kerana logo PKR dan juga logo PH sudah sinonim kepada rakyat negeri dan negara ini.

“Tidak ada masalah (pengundi keliru) kerana dahulu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, parti-parti pembangkang memang memakai logo mereka masing-masing.

“Walaupun tidak berjaya memenangi pilihan raya (ketika menggunakan logo parti masing-masing) tetapi kita tetap mencatat peratusan undi popular yang tinggi iaitu sehingga 46 peratus. Jadi bagi saya tiada masalah PKR menggunakan logo mereka sendiri dalam mewakili PH di kawasan ditandingi calon mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Permas Jaya, di sini hari ini. Turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.

Tambah Mohamad, PRN Sarawak boleh menjadi contoh dimana pengundi tiada masalah dan tidak keliru untuk memilih Gabungan Parti Sarawak (GPS) walaupun mereka baru pertama kali menggunakan logo baharu ketika itu.

“Jika simbol logo GPS yang masih baharu pun pengundi boleh kenal dan tidak keliru, apatah lagi logo PKR yang sememangnya sudah dikenali ramai pihak,” jelasnya.

Sementara itu, Hassan pula memberitahu, walaupun PKR bakal bertanding menggunakan logo sendiri di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi mereka, tetapi logo PH akan turut dikibar bersama.

“Pimpinan PH di peringkat pusat telah membuat keputusan bijak untuk menghormati kehendak pengundi di peringkat akar umbi yang mahukan logo Keadilan diguna pakai dalam PRN Johor ini.

“Itu satu keputusan baik dan hanya merupakan satu aspek sahaja, sebaliknya apa yang lebih utama adalah kerjasama antara kesemua parti komponen dan kita akan pastikan semua parti bergerak secara bersama-sama,” jelasnya.

Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberitahu PKR bakal menggunakan logo sendiri dalam PRN Johor manakala Amanah dan DAP akan kekal menggunakan logo PH.

-Utusan Online

Tags: Mat SabuPKRPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran menyeru masyarakat India di Negeri Sembilan melakukan perkara yang sama seperti di...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd