• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tangguh Mesyuarat PSC Kerana Isu Azam Baki Rumit’

oleh Mohd Arshad
19/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Penangguhan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Bagi Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang sepatutnya memanggil Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini dibuat berikutan isu berbangkit disifatkan agak rumit.

Pengerusinya, Abdul Latiff Abdul Rahman, berkata pihaknya merujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Parlimen berikutan terdapat beberapa isu perundangan yang memerlukan pandangan undang-undang terlebih dahulu.

Katanya, kerumitan isu itu menyebabkan Pejabat Penasihat Undang-Undang Parlimen memerlukan masa dan tidak dapat memberikan jawapan segera.

“Dengan mengambil kira beberapa isu berbangkit selepas surat yang dihantar oleh Setiausaha Dewan Rakyat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM dan mendapat maklum balas daripada beliau kemudiannya, maka saya arahkan Setiausaha Dewan Rakyat mendapatkan pandangan Penasihat Undang-Undang terlebih dahulu.

“Penasihat Undang-Undang perlu mengambil masa untuk meneliti kes ini, kerana ia agak rumit dan tidak dapat memberikan jawapan sebelum Rabu ini (hari ini),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Abdul Latiff yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai daripada PAS, berkata berikutan perkembangan itu terdapat cadangan daripada beberapa ahli jawatankuasa agar mesyuarat ditangguhkan dan beliau bersetuju dengan cadangan itu.

“Penangguhan ini telah dimaklumkan kepada sembilan ahli jawatankuasa yang terbabit,” katanya.

Penangguhan mesyuarat berkenaan yang sepatutnya memanggil Azam yang kini berhadapan dengan isu pemilikan sahamnya dimaklumkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin pada Isnin lalu.

Keputusan itu bagaimanapun dibantah oleh empat ahli PSC iaitu Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin’ Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen.

Kata mereka, antara isu yang dibangkitkan Azam ialah beliau sudah memfailkan saman sivil terhadap seorang pemberita dan tiada sesiapa dibenarkan membincangkan fakta kes atau memberikan komen terhadap perkara itu yang kini menjadi perkara mahkamah (subjudis).

“Kami amat tidak bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh Azam dan kami ingin menegaskan Azam seharusnya menghadiri di hadapan kami pada mesyuarat PSC itu, bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan.

“Bukannya meremehkan surat panggilan pihak Parlimen dan sehingga Setiausaha Dewan Rakyat menangguhkan mesyuarat PSC yang ditetapkan hanya sebab perkara ini dirujuk kepada Pegawai Undang-Undang Parlimen ataupun Peguam Negara.

“Perkara-perkara yang lain seperti terma rujukan, senarai saksi-saksi yang lain boleh dibincangkan dan ditetapkan,” katanya dalam kenyataan bersama.

Jawatankuasa berkenaan turut dianggotai Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.

Pada hari sama, Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Tan Sri Rais Yatim, berkata mana-mana individu yang disapina oleh sebarang PSC perlu hadir mengikut Akta Keistimewaan dan Kuasa Parlimen 1952.

Tegasnya, PSC ditubuhkan mengikut akta berkenaan dan kepatuhan terhadap sapina itu adalah mengikut Seksyen 8 dan 16 akta berkenaan.

“Salah satu yang serius, adalah mengenai hukuman ingkar sapina dikeluarkan mana-mana Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan ada hukuman ditetapkan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Isu Azam BakiMesyuarat PSCPSC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Panel Bebas Pantau Kes Pemilikan Saham Azam Baki

22/03/2022
0

Kuala Lumpur : Kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM), Tan Sri Azam Baki turut dipantau...

Siasatan Polis Ke Atas Azam Baki Masih Berterusan – Hamzah

03/03/2022
0

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan berhubung pemilikan saham oleh Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd