• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahun Baharu, Harga Pun Baharu

oleh AK-47
16/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Harga barang naik bukanlah isu baharu yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia saban tahun.

Rakyat marhaen khususnya golongan B40 dan M40 semuanya pasti akan merasa terbeban dengan kenaikan harga yang tidak berpenghujung.

Belum pun reda isu kenaikan harga barangan basah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran semenjak hujung tahun lalu, kini barang makanan kering dan pakaian pula dijangka naik pada tahun ini.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Ameer Ali Mydin memberi jangkaan harga barangan makanan kering seperti biskut, sardin dan Milo pada tahun ini akan meningkat antara lapan hingga 10 peratus.

Beliau telah dimaklumkan oleh kebanyakan pengilang bahawa barang akan naik berikutan berlaku peningkatan dari segi harga bahan mentah dan kos logistik.

Ameer Ali berkata, pakaian seperti baju dijangka naik 10 hingga 15 peratus kerana sebelum ini penjual menjual barangan yang sedia ada, justeru, dengan kemasukan barang baharu, harganya juga turut akan naik.

Pastinya dengan kenaikan harga barang ini sekali gus akan memberi impak besar terhadap kos sara hidup rakyat.

Sementara itu, Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri turut menjangkakan perbelanjaan setiap keluarga di Malaysia akan meningkat sehingga 30 peratus pada tahun ini.

Beliau berkata, sesebuah keluarga perlu membuat pertambahan sehingga RM600 dalam perbelanjaan bulanan sekiranya sebelum ini anggaran perbelanjaan adalah RM2,000 sebulan.

Menurutnya, pendapatan rakyat di negara ini sekadar ‘cukup makan’ untuk memenuhi keperluan bulanan berdasarkan purata gaji yang diterima oleh sesebuah keluarga.

Sudahlah terpaksa berhadapan dengan realiti ekonomi tidak menentu disebabkan Covid-19, ditambah pula ramai yang terjejas dengan situasi banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Kesempitan hidup ketika ini memerlukan rakyat melipatgandakan usaha bagi mencari solusi untuk menyara diri dan keluarga selain mengharapkan bantuan dan insentif daripada kerajaan.

Dalam masa sama, kerajaan juga perlu memberi perhatian serius dan memikirkan mekanisme terbaik bagi mengatasi masalah ini sebelum ia berada di luar kawalan.

-Sinar Harian

Tags: Harga Barang Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pempengaruh automotif Bro Wong meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kos operasi perniagaan yang disifatkan semakin menekan khususnya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd