• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Perlu Jamin Hak Pekerja Malaysia Di Singapura, Pelajar IPT Pulang Mengundi PRN Johor

oleh AK-47
30/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) melahirkan kebimbangan mengenai hak mengundi kira-kira 200,000 rakyat Johor yang bekerja di Singapura, selain pelajar institusi pengajian tinggi negara ini terjamin, sekali gus tidak dihalang untuk pulang mengundi.

Sehubungan itu, Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, mengharapkan kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berlaku adil dan telus dalam memastikan proses demokrasi dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“AMK risau jika mandat rakyat dicuri dengan pengundi termasuk rakyat Johor bekerja di Singapura dan pelajar institusi pengajian tinggi dihalang daripada balik mengundi.

“Kebimbangan kami berikutan pelajar institusi pengajian tinggi ketika ini mula tidak dibenarkan pulang dari kampus masing-masing sempena cuti Tahun Baharu Cina dengan alasan penularan COVID-19 varian Omicron.

“AMK risau alasan sama akan digunakan bagi mewajarkan tindakan institusi pengajian tinggi tidak membenarkan pelajar mereka untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

“Kami berpandangan demokrasi perlu dijalankan adil dan sebaik mungkin dengan hak mengundi rakyat tidak dihalang seolah-olah mahu mencuri mandat rakyat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat AMK Negeri Johor, di sini, hari ini.

Berhubung isu 200,000 pengundi rakyat Johor di Singapura pula, Akmal Nasrullah mencadangkan supaya Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat khas dibuka bagi membolehkan lebih ramai pengundi dibenarkan pulang untuk mengundi.

Katanya, langkah itu diharap dipertimbangkan kerajaan supaya perjalanan pulang rakyat Johor di Singapura dipermudahkan dan tidak disekat.

“Jika dari segi logistik ia terlalu menekan kepada kedua-dua negara, AMK cadangkan supaya Pusat Mengundi Khas dibuka di republik itu bagi membolehkan rakyat Johor mengundi.

“Pusat mengundi khas ini boleh diselia SPR dengan ejen parti politik dibenarkan memantau perjalanan pengundian dengan perjalanan peti undi dibawa balik perlu dilakukan secara telus dan terbuka.

“Kerajaan dan SPR perlu memastikan hak semua rakyat untuk mengundi dihormati. Ia adalah kepentingan negara dan dijamin Perlembagaan,” katanya.

BHonline-

Tags: AMKPRN JohorSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd