Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Semakan Perintah Long Tiger...

Muar : Mahkamah Tinggi Muar menetapkan 1 Jun ini sebagai tarikh bagi keputusan...

Kirim Mesej Kepada Ex-Wife...

BULAN lepas, dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan penyebaran gambar Orlando Bloom bertelanjang bulat...

Kes REE: Pegawai Kanan...

YAN: Seorang pegawai kanan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

Bakal Labur Jutaan Ringgit...

TAGLINE ‘Qu Puteh Qu Puteh baru lah putih’ sudah pasti ramai yang mengetahui...

Sijil Vaksin Palsu: Polis Pantau Di Seluruh Negara

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan risikan dan pemantauan secara menyeluruh bagi mengesan pihak lain yang dipercayai melakukan penjualan sijil vaksin Covid-19 palsu di seluruh negara.

Tidak menolak kemungkinan wujud sindiket penjualan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan semua kontinjen negeri menjalankan siasatan.

“Setakat ini siasatan di Terengganu mengesan sindiket yang mana diusahakan oleh satu individu, tapi kita tak pasti terdapat lagi perkara sama berlaku di negeri lain.

“Justeru saya mengarahkan semua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) melalui Pengarahnya Datuk Seri Abd Jalil Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Mohd Kamarudin Md Din untuk menjalankan risikan serta mengesan sama ada berlaku di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Pendidikan kerjasama Yayasan Bank Rakyat dan Pusat Autisme PDRM Pengaman-MAIWP di sini, hari ini.

Pada Sabtu lalu, Polis Terengganu membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan (janji temu) vaksinasi.


Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota JSJK yang membawa kepada penahanan seorang doktor lelaki berusia 51 tahun di sebuah klinik swasta di Marang, Terengganu pada 7 malam.

Turut ditahan enam individu termasuk seorang juruteknik berusia antara 35 hingga 57 tahun bagi membantu siasatan berhubung penipuan berkenaan.

Acryl berkata, tindakan kumpulan terbabit wajar dipandang serius kerana ia perbuatan menghalang usaha kerajaan mengawal penularan wabak Covid-19 melalui vaksinasi.

“Kita tidak mahu melihat usaha dan langkah kerajaan melakukan pencegahan ini terhalang oleh tindakan segelintir pihak menggagalkan usaha berkenaan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori