• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sijil Vaksin Palsu: Doktor Dijangka Bebas Dengan Jaminan Polis Esok

oleh Mohd Arshad
12/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Seorang doktor yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penjualan sijil vaksinasi palsu di Terengganu dijangka dibebaskan dengan jaminan polis esok.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata ia sementara menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwaan.

Beliau berkata, tempoh tahanan reman doktor yang berusia 51 tahun itu juga akan berakhir pada esok.

Selain itu Rohaimi berkata beberapa peralatan yang dirampas juga akan dihantar ke Bahagian Forensik Bukit Aman.

“Barang-barang kes yang dirampas seperti laptop dan telefon bimbit akan dihantar ke Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman esok,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini suspek yang ditahan pada Sabtu direman selama tiga hari sehingga Selasa.

Bagaimanapun, polis memohon lanjutan reman terhadap suspek sebelum Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan reman suspek ditambah dua hari lagi.

Terdahulu Polis Terengganu berjaya membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi dipercayai palsu yang didalangi seorang doktor di klinik swasta di negeri ini.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September tahun lalu selepas klinik berkenaan mendapat kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar.

Sepanjang tempoh tersebut, lebih 1,900 sijil vaksinasi COVID-19 dikeluarkan kepada pelanggan termasuk dari Kuala Lumpur, Kedah dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600 seorang.

Awani-

Tags: doktor antivaksinSijil Vaksin Palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cirit-Birit Teruk Gejala Luar Biasa Omicron

Next Post

Harga RON97 Naik 4 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

Related Posts

Sijil Vaksin Palsu: Polis Pantau Di Seluruh Negara

12/01/2022
0

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan risikan dan pemantauan secara menyeluruh bagi mengesan pihak lain yang dipercayai...

JKNT Jejak Penerima Sijil Vaksin Palsu

11/01/2022
0

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang mengenal pasti individu yang mendapatkan sijil digital vaksinasi dipercayai palsu menerusi...

Next Post

Harga RON97 Naik 4 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd