• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKNT Jejak Penerima Sijil Vaksin Palsu

oleh AK-47
11/01/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang mengenal pasti individu yang mendapatkan sijil digital vaksinasi dipercayai palsu menerusi seorang doktor di sebuah klinik swasta di Marang.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya akan memberikan nasihat dan kaunseling kepada golongan berkenaan bagi memastikan mereka menerima suntikan vaksin sebagaimana yang sepatutnya.

Justeru, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan kegiatan berkenaan.

Terdahulu tembelang seorang doktor yang disyaki menjalankan aktiviti mengeluarkan sijil vaksinasi Covid-19 palsu kepada golongan antivaksin terbongkar.

Ia susulan penahanan suspek yang berusia 51 tahun pada Sabtu lalu.

Jelas Dr Kasemani, klinik swasta berkenaan dibenarkan untuk memberikan suntikan vaksinasi secara berbayar sejak September tahun lalu.

Beliau berkata, pihak masih menunggu hasil siasatan daripada polis sebelum tindakan lanjut diambil terhadap doktor dan klinik berkenaan.

Katanya, lagi pendaftaran klinik serta lesen doktor berkenaan boleh dibatalkan sekiranya didapati bersalah.

-Sinar Harian

Tags: JKNTSijil Vaksin Palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JKNT Diarah Ambil Sampel Air Didakwa Tercemar Di Pulau Perhentian Kecil

06/06/2022
0

KUALA TERENGGANU : Jabatan Kesihatan Terengganu (JKNT) diarahkan mengambil sampel air yang didakwa tercemar, susulan kes enam sahabat dikatakan mengalami...

Sijil Vaksin Palsu: Doktor Dijangka Bebas Dengan Jaminan Polis Esok

12/01/2022
0

KUALA TERENGGANU: Seorang doktor yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penjualan sijil vaksinasi palsu di Terengganu dijangka dibebaskan dengan jaminan polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd