• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sektor Logistik, Pengangkutan Dorong Pemulihan Ekonomi

oleh Mohd Arshad
01/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Sektor logistik dan pengangkutan diyakini akan terus mantap dan berkembang bagi merancakkan pemulihan ekonomi negara tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata kementerian itu bersama semua agensinya komited untuk melakar lebih banyak kejayaan demi manfaat rakyat dan negara.

“Terbaharu, ia dibuktikan apabila Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas memecahkan rekod pengendalian kontena sejak pengoperasian kedua-dua pelabuhan ini,” katanya melalui hantaran di Facebook, hari ini.

Pelabuhan Klang memecahkan rekod jumlah pengendalian kontena sebanyak 13.64 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) setakat 28 Disember lalu.

Kejayaan itu dilakar walaupun berdepan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19, kesan kekurangan kontena, kesesakan pelabuhan dan terkini, cuaca buruk.

Minggu lalu, Ka Siong dilaporkan berkata, pertumbuhan itu didorong langkah proaktif kerajaan dalam memudahkan sektor pelabuhan dan logistik negara ketika pandemik dengan memastikan industri terus mara memenuhi permintaan pasaran domestik dan antarabangsa.

Beliau turut menyifatkan sebahagian besar kejayaan itu adalah hasil komitmen dan usaha bersepadu peserta logistik dan agensi kerajaan di Pelabuhan Klang yang diketuai Lembaga Pelabuhan Klang.

Sementara itu, Pelabuhan Tanjung Pelepas turut mencatat kadar pertumbuhan tertinggi di dunia berdasarkan senarai 20 pelabuhan terkemuka dunia tahun lalu.

Kadar pertumbuhannya membantu meningkatkan kedudukan Pelabuhan Tanjung Pelepas daripada kedudukan 18 kepada kedudukan 15 dalam senarai pelabuhan terbaik di dunia.

Ka Siong dalam hantaran sama, turut mengulas mengenai insentif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perutusan khas Tahun Baharu 2022, malam tadi.

Ka Siong berkata, ia adalah usaha berterusan kerajaan dalam memastikan mangsa banjir terus diberi pembelaan untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan.

“Perdana Menteri banyak menyentuh mengenai nasib menimpa mangsa banjir dan usaha dilakukan kerajaan bagi membantu mereka kembali bangkit meneruskan kehidupan selepas kediaman dan harta benda musnah.

“Mudah-mudahan ia membawa sinar baharu untuk tahun 2022 ini,” katanya.

Beliau berkata, kementerian itu dan 21 agensi di bawahnya turut menyelaraskan pasukan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir termasuk kakitangan terjejas.

-Berita Harian

Tags: EkonomiSektor Logistik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

23/07/2026
0

JELEBU - "Insya-Allah kita akan memikul amanah ini dan membawa rakyat ke arah satu hala tuju yang boleh menyelesaikan, kalau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd