• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Demam, Bicara Najib Dilapangkan

oleh Mohd Arshad
06/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi di sini, dilapangkan hari ini, selepas saksi ke-12 pendakwaan tidak sihat selain ketiadaan saksi lain.

Terdahulu pada prosiding pagi, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, memberitahu mahkamah, bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Azmi Tahir tidak dapat meneruskan prosiding soal balas kerana demam.

Katanya, pihak pendakwaan menerima mesej daripada Azmi pada jam 8.30 pagi, memaklumkan tidak dapat hadir kerana sakit.

“Walaupun saksi menunjukkan surat cuti sakit, pihak pendakwaan meminta beliau untuk hadir sekejap di mahkamah dan kami dapati saksi berada dalam keadaan lemah.
“Mata dan badannya kemerahan selain mempunyai suhu tinggi. Beliau demam, tapi bukan COVID-19… ianya demam biasa,” katanya.

Ahmad Akram, berkata bagi mengelak pembaziran masa mahkamah, pihak pendakwaan sudah menghubungi lima saksi lain.

“Saksi berkenaan adalah wakil firma audit KPMG Malaysia, Datuk Johan Idris; pegawai khas Najib, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail; bekas Pengarah Bukan Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Bekas setiausaha syarikat 1MDB, Lim Poh Seng.

“Bagaimanapun, kesemua mereka tidak dapat hadir. Datuk Johan berada di London, Datuk Wan Ahmad Shihab mengalami cirit-birit, Tan Sri Ismee sedang menjalani kuarantin kerana umrah, manakala, Poh Seng perlu mengambil dos penggalak vaksin COVID-19,” katanya.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, mengarahkan pihak pendakwaan supaya bersedia dengan beberapa saksi pendakwaan lain bagi prosiding di sebelah petang.

Bagaimanapun, pada prosiding jam 2.30 petang, pihak pendakwaan memaklumkan tiada saksi pendakwaan yang lapang bagi menghadiri perbicaraan hari ini.

Ahmad Akram, berkata beliau sudah cuba menghubungi saksi pendakwaan yang lain, namun tiada siapa yang dapat hadir dalam tempoh singkat.

“Kebanyakan mereka sudah mula bekerja atau mempunyai perkara yang perlu dihadiri dan tidak boleh ditunda pada saat-saat akhir.

“Tarikh perbicaraan seterusnya sudah ditetapkan pada 26 dan 27 Januari ini. Pihak pendakwaan mempunyai empat saksi dan berjanji perkara ini tidak akan berulang,” katanya.

Najib, 69, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

BHonline-

Tags: 1MDBDato seri Najib Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd