• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Mahu Tarik Semula Kedatangan Pelancong China

oleh AK-47
15/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah berharap pelancong China kembali menjadikan negeri ini sebagai destinasi percutian utama mereka apabila pintu sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata kedatangan pelancong asing terutama dari China penting bagi membantu kerancakan aktiviti pelancongan negeri seperti sebelum pandemik COVID-19.

“Pandemik COVID-19 menyebabkan sektor pelancongan terjejas teruk, namun dengan pembukaan semula sempadan negara kepada pelawat antarabangsa dalam tempoh terdekat, kita berharap ramai pelancong dari China akan kembali melawat Sabah.

“Ia dapat membantu pemulihan sektor pelancongan tempatan dan meningkatkan ekonomi negeri,” katanya ketika menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik

Rakyat China di Kota Kinabalu, Liang Caide di kediaman rasminya di Sri Gaya, semalam.

Hajiji juga berharap Caide dan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia membantu mempromosikan Sabah sebagai antara destinasi pelancongan utama di China.

Katanya, Sabah juga sangat mengalu-alukan pelaburan asing terutama dari negara China untuk bersama-sama membangunkan pelbagai sektor utama di negeri ini seperti perindustrian, pembinaan, pelancongan, pertanian dan industri berteknologi tinggi yang baharu.

“Kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus bekerjasama erat dengan Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu dan Kedutaan China untuk menarik lebih ramai pelabur China ke Sabah, yang akan membantu merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi negeri ini.

“Hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin di antara Sabah dan China akan terus diperkukuhkan lagi kerana ia memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Terdahulu, Caide memberi taklimat kepada Hajiji mengenai perkembangan terkini negara di China dan usaha yang dilakukan oleh pejabatnya dalam membantu mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan, pelaburan dan perdagangan.

Pelawat dari China adalah pelancong asing terbesar yang menjadikan Sabah sebagai destinasi percutian sebelum pandemik COVID-19 yang bermula pada awal 2020.

-Berita Harian

Tags: pelancong chinaSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd