• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Setuju Redakan Ketegangan

oleh Mohd Arshad
30/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin bersetuju supaya krisis Ukraine diredakan semasa mereka bercakap dalam satu panggilan telefon kelmarin.

Seorang penasihat Macron berkata, Putin tiada rancangan untuk meneruskan serangan.

Macron dan Putin bercakap lebih sejam pagi kelmarin dalam panggilan telefon yang disifatkan oleh Perancis sebagai ‘serius dan penuh hormat’ serta mengetengahkan ‘perbezaan’ tetapi juga ‘kehendak bersama’ untuk ‘terus berunding’.

“Perbualan itu membolehkan kedua-duanya bersetuju bahawa situasi perlu diredakan,” kata penasihat tersebut semasa memberi taklimat kepada kumpulan wartawan.

“Putin tidak menyuarakan rancangan untuk menyerang tetapi berkata, beliau mahu meneruskan rundingan dengan Perancis dan sekutu kami.

“Pemimpin Rusia itu juga menyatakan secara jelas bahawa beliau tidak mahukan konfrontasi,” tambahnya.

Terdahulu, Menteri Luar Perancis, Jeans-Yves Le Drian memberitahu saluran radio RTL bahawa kini terserah kepada Putin untuk membuat keputusan mengenai Ukraine.

“Terserah sama ada beliau mahukan konfrontasi atau rundingan. Kita sedia untuk berunding tetapi rundingan memerlukan persetujuan dan kemahuan kedua-dua belah pihak,” katanya.

Sementara itu, Pentagon menyatakan kelmarin bahawa kemusnahan dan kehilangan nyawa manusia akibat pencerobohan penuh oleh tentera Rusia ke atas Ukraine adalah ‘dahsyat’ tetapi masa untuk diplomasi dan mengelakkan perang berlaku masih ada.

“Jika bala tentera Rusia menyerang Ukraine, ia akan mengakibatkan kematian dalam jumlah yang begitu besar,”

“Anda boleh bayangkan apa yang berlaku di kawasan bandar yang padat dengan penduduk, di sepanjang jalan dan seterusnya. Ia amat menyeramkan, ia amat dahsyat,” kata Pengerusi Ketua Staf-Staf Bersama, Mark Milley.

Bercakap bersama Milley, Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin berkata, konflik di Ukraine masih boleh dielakkan walaupun Presiden Vladimir Putin telah mengumpulkan lebih 100,000 askar Rusia di sepanjang sempadannya dengan Ukraine.

“Konflik bukan tidak boleh dielakkan. Masih ada masa dan ruang untuk diplomasi.

“Putin juga boleh melakukan tindakan yang betul. Tiada sebab situasi ini perlu bertukar menjadi perang. Beliau boleh memilih untuk meredakan keadaan. Beliau boleh mengarahkan tenteranya berundur,” kata Austin.

Kenyataan dua pegawai kanan tentera Amerika Syarikat (AS) itu yang berdiam diri sejak beberapa hari lalu walaupun situasi di Eropah Timur semakin tegang, dibuat ketika usaha diplomatik bagi mengelak perang tercetus terus buntu.

Mereka berkata, Rusia berterusan menambah kekuatan pasukan tentera di sempadan termasuk unit serangan yang terdiri daripada kereta kebal, pesawat tempur, kapal perang dan peluru berpandu di samping operasi siber dan politik.

Walaupun pegawai-pegawai Pentagon tidak percaya Putin telah membuat keputusan untuk berperang, mereka berkata, beliau mempunyai beberapa pilihan termasuk menyerang rantau Donbass atau menyerang seluruh Ukraine termasuk ibu negaranya, Kiev.

“Sekiranya perang tercetus, populasi awam akan menjadi sungguh menderita. Rusia sendiri akan menderita,” kata Milley.

Beliau dan Austin menegaskan bahawa Washington tidak berhasrat menghantar tentera untuk membantu mempertahankan Ukraine tetapi akan terus menghulurkan bantuan termasuk senjata api dan barangan lain kepada tentera Kiev.

-Harian Metro

Tags: keteganganRusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd