• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan Muda-PH Di Johor Berlangsung Dengan Baik

oleh Mohd Arshad
25/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRN JOHOR | Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sudah memulakan rundingan dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) sebagai persediaan parti itu untuk menyertai pilihan raya tidak lama lagi.

Pengerusi Muda Johor, Mohd Azrol Ab Rahani, berkata setakat ini rundingan tersebut masih di peringkat biro politik parti itu bagi menentukan kawasan mana yang akan ditandingi mereka.

Katanya Muda juga masih belum memutuskan dengan siapa parti itu akan bekerjasama nanti.

“Dengan siapa kami akan kerjasama, hal itu masih lagi dalam rundingan namun rundingan berkenaan berlangsung dalam keadaan yang baik,” katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Mohd Azrol ketika ini belum ada keputusan yang muktamad buat Muda bahawa mereka akan benar-benar bekerjasama dengan PH ataupun sebaliknya

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan secara rasmi pada 22 Jan lalu selepas Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah mengenainya pada hari tersebut.

Langkah itu sekali gus membuka jalan kepada pelaksanaan PRN diadakan di negeri berkenaan tidak lama lagi.

Umno mendakwa PRN berkenaan perlu diadakan kerana mereka menjadi kerajaan dalam keadaan majoriti tipis iaitu satu kerusi. Bagaimanapun parti lain – sama ada pembangkang atau yang bekerjasama dengan Umno – menganggap PRN tidak wajar diadakan pada waktu ini.

Sesetengah pihak melihat langkah tersebut juga bertujuan untuk Umno mengukuhkan penguasaan parti di negeri tersebut dan secara tidak langsung mengetepikan parti lain dalam kerajaan termasuk Bersatu dan PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada 9 Feb ini bagi membincangkan tarikh PRN berkenaan.

Mohd Azrol berkata Muda juga belum memutuskan bagaimana mereka akan menyertai PRN kali ini sama ada menggunakan logo sendiri atau PH.

“Tapi apa yang saya boleh jelaskan ialah, Muda mahu menonjolkan kepentingan parti yang masih baru ini di peringkat negeri.

“Kami lebih kepada mahu memperkenalkan logo kami kepada rakyat,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: PH-MUDAPRN JohorRundingan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH Johor Dijangka Selesai Runding Agih Kerusi PRN Esok

Next Post

PAS Mahu Runding Cari Persefahaman Dengan UMNO

Related Posts

JAKIM Beri Peringatan Tegas Kepada Vern’s

Rundingan Gencatan Senjata Capai ‘Kemajuan Ketara’

08/04/2024
0

KAHERAH - Rundingan damai di ibu kota Mesir bertujuan untuk melaksanakan gencatan senjata di Genting Gaza pada akhir minggu lalu...

Tiada Normalisasi Hubungan Israel Tanpa Negara Palestin - Arab Saudi

Arab Saudi Tangguh Rundingan Dengan Israel

14/10/2023
0

RIYADH : Arab Saudi menangguhkan rundingan mengenai kemungkinan untuk kembali menormalisasikan hubungan dengan Israel, kata sumber kepada AFP hari ini....

Next Post

PAS Mahu Runding Cari Persefahaman Dengan UMNO

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd