• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayu Campur Tangan Kerajaan Negeri

oleh Mohd Arshad
17/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Masjid Tanah : Pembeli unit kediaman di Taman Seri Aman Lagenda, di sini, merayu campur tangan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah projek perumahan itu yang terbengkalai sejak empat tahun lalu.

Ini kerana mereka tidak sanggup menanggung beban membayar balik pinjaman institusi kewangan sedangkan rumah yang seharusnya sudah dihuni tidak siap.

Wakil pembeli, Intan Nurfarhana Kamarolzaman, 32, mendakwa dia dan 53 lagi pembeli sudah menandatangani perjanjian jual beli dengan pemaju pada 2017 dan rumah dijanjikan siap dalam tempoh dua tahun.

“Kami menunggu dengan penuh harapan untuk menghuni rumah selepas dua tahun projek itu dimulakan tetapi malangnya hingga hari ini, ia terbiar begitu saja,” katanya ketika ditemui di tapak projek berkenaan hari ini.

Dia berkata, usaha sedang dilakukan untuk mengumpulkan semua pembeli rumah dan meminta mereka menghubunginya di talian 019-6171242.

Pembeli, Wan Suria Wan Ibrahim, 40, berkata, 54 unit rumah itu bernilai antara RM201,000 hingga RM240,000 sebuah dan dilancarkan pada 2017.

“Apabila saya mencari maklumat syarikat itu melalui Internet, alamat yang ada dalam dokumen perjanjian berbeza dengan alamat yang ada di laman web.

“Puas kami menghubungi syarikat itu tetapi gagal dan kami amat kecewa kerana hingga saat ini rumah itu belum mampu disiapkan sedangkan kami terpaksa menanggung hutang pinjaman perumahan,” katanya.

Dia mendakwa, pemaju tidak pernah menghubungi mereka, apatah lagi berunding bagi mencari penyelesaian terbaik masalah berkenaan.

Seorang lagi pembeli, Safwan Sulaiman, 28, berkata, dia membuat pinjaman untuk membeli rumah bernilai RM203,000 dengan harapan mampu menikmati kehidupan lebih selesa tetapi hampa.

Katanya, dia bernasib baik kerana masih mempunyai pekerjaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Alhamdulillah, Allah beri saya rezeki untuk membayar pinjaman perumahan semasa PKP dan saya tidak dapat bayangkan apa akan jadi kalau saya kehilangan pekerjaan dan terpaksa membayar pinjaman sedangkan rumah tidak siap,” katanya.

Sementara itu, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, kerajaan negeri akan meneliti masalah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta pembeli terbabit supaya bersabar sementara menunggu kaedah penyelesaian diusahakan.

-Harian Metro

Tags: campur tangankerajaan negeriMerayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Tidak Mahu Bertindak Sebagai ‘Rubber Stamp’, Pastikan Kepentingan Rakyat Terpelihara

Sultan Selangor Tidak Mahu Bertindak Sebagai ‘Rubber Stamp’, Pastikan Kepentingan Rakyat Terpelihara

06/05/2026
0

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu bertindak sebagai “rubber stamp” atau sekadar formaliti dalam melaksanakan...

Ketua UMNO Bahagian Subang Beri Amaran Kepada PKR Selangor, UMNO Bukan Parti Picisan

Ketua UMNO Bahagian Subang Beri Amaran Kepada PKR Selangor, UMNO Bukan Parti Picisan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah mengecam kenyataan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd