Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

14 Buah Kenderaan Terlibat...

SHAH ALAM - Sebanyak 14 kenderaan membabitkan treler, lori dan kereta terbabit kemalangan...

Tweet Keterlaluan, Sharnaaz Ahmad...

TULAR satu kicauan yang dimuat naik oleh pelakon, Sharnaaz Ahmad menerusi laman sosial...

‘Saya Berhak Kongsi Apa...

NEELOFA baru-baru ini memuatnaik sebuah video, menunjukkan rumah baharunya di laman Instagram. Sehubungan itu...

BNM Dijangka Lancar Kad...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka melancarkan kad skor Pengantaraan Berasaskan...

Raja Permaisuri Agong Ziarah Tun Mahathir

KUALA LUMPUR : Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Ahad menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).

Seri Paduka Baginda dilihat keluar dari IJN pada jam 9.35 pagi dan sempat melambai kepada pihak media ketika beredar meninggalkan pekarangan tersebut.

Pengamal media mula berkumpul di luar IJN sejak Sabtu bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Datin Paduka Marina yang merupakan anak Ahli Parlimen Langkawi itu memaklumkan keadaan bapanya kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lepas.


Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari.

Beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut tersebut dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Januari.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori