• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Bomoh Akan Didakwa Di Mahkamah Syariah Hari Ini

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Individu bergelar Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini pada Jumaat.

Tuduhan ke atas Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin dibuat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam serta Seksyen 16 enakmen sama kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.

Turut didakwa bersama individu berusia 71 tahun itu ialah seorang wanita yang dikenali ‘Puteri Zaleha’.

Raja Bomoh dilihat hadir memakai sut hitam dan bersongkok ke pekarangan mahkamah sekitar jam 11 pagi Jumaat.

Tuduhan dibuat ke atas dua individu berkenaan susulan satu ritual menolak musibah banjir yang dilakukan mereka di Dataran JPS di Teluk Intan yang videonya tular di media sosial.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Rabu telah membuka kertas siasatan terhadap Raja Bomoh mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

Di bawah seksyen itu, mereka yang memperseda akan amalan atau upacara yang berkaitan agama Islam adalah suatu kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Video berdurasi 25 minit yang tular di Facebook itu memperlihatkan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ membuat ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir.

-Sinar Harian

Tags: DidakwaMahkamah SyariahRaja Bomoh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Berkuasa Agama Siasat Video Tular Individu Islam Didakwa Sertai Ritual Keagamaan Lain

Pihak Berkuasa Agama Siasat Video Tular Individu Islam Didakwa Sertai Ritual Keagamaan Lain

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mengambil tindakan bersama pihak berkuasa susulan penularan beberapa rakaman video...

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik, Eric Lim Sian See memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap pihak yang didakwanya menyunting dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd