Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Berjaya Bina Masjid Hasil...

YOGYAKARTA - Bermula dengan menjual lima ayam kampung ketika bersekolah, Suciati Saliman Riyanto...

Kecoh Di Twitter, Will...

KECOH di laman makro Twitter hari ini, beberapa keping foto selebriti terkenal antarabangsa Will...

PRN Melaka: PAS Guna...

KUALA LUMPUR - PAS akan menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan...

Jangkitan Virus Rabies Di...

KUCHING - Tiada kes positif virus rabies baharu dilaporkan di Sarawak dan setakat...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu kini diisytiharkan sebagai kawasan bencana tahap satu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Lee Chong Chern berkata, sehubungan itu, segala aktiviti keluar masuk ke kawasan itu kini dipantau bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.

Pada masa sama katanya, polis yang memainkan peranan selaku komandan operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana yang turut membabitkan beberapa jabatan serta agensi lain belum menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu sama ada daripada orang perseorangan atau pertubuhan.

Katanya, laporan itu termasuk berkaitan pencerobohan atau kehilangan barang selepas penduduk di kawasan sekitar Pulau Burung itu diarahkan berpindah buat sementara waktu.

“Api di atas permukaan kawasan yang terbakar itu boleh dikatakan telah dipadam, namun bahagian bawahnya masih ada dan berasap.

“Maka, sebab itulah kerja-kerja pemadaman api ini mengambil masa untuk dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Selain Chong Chern, turut serta dalam sidang akhbar itu ialah Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Hafiz Hafizal Timaradin dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab.


Kebakaran tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.2 hektar itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4.40 petang Rabu lalu yang membabitkan kawasan seluas lebih empat hektar.

Sehingga petang ini, hanya 45 daripada keseluruhan 400 penduduk yang tinggal berdekatan tapak pelupusan sampah itu yang mengalami kebakaran masih berada dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini.

Dalam pada itu, Hafiz Hafizal berkata, ketika ini kira-kira 35 peratus kawasan yang terbakar telah dipadamkan sejak kerja-kerja pemadaman dimulakan minggu lepas.

Katanya, selain kaedah pengeboman air atau ‘water bombing’, bomba juga menggunakan tanah untuk ‘melemahkan’ api sekali gus cuba mengawal kebakaran tersebut.

“Kita yakin tidak mungkin berlaku sebarang perebakan api lagi buat masa ini selepas ‘fire break’ dilakukan,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori