• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Rancang Strategi Ampuh Bagi Halang Kerakusan, Tamak Kuasa UMNO

oleh Mohd Arshad
30/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 10 ketua penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian di Johor tampil menyokong penuh Resolusi Muzakarah Pas – Bersatu untuk bertanding atas nama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mereka juga sebulat suara mencadangkan semua parti politik di Johor merangka strategi ampuh bagi menggagalkan ‘muslihat’ UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dakwa mereka, gabungan itu dilihat semakin rakus, tamak kuasa dan gelojoh ingin mengadakan pilihan raya tanpa mengambil kira kesukaran dialami rakyat yang ketika ini masih berhadapan ancaman COVID-19.

Dalam kenyataan bersama pada Ahad, semua mereka turut mengutuk tindakan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang keluar parti baru-baru ini.

“Tindakan mereka ini sudah dijangka, serta tidak menjejaskan perpaduan Bersatu Johor dan ukhuwah Perikatan Nasional,” menurut kenyataan tersebut.

Semua ketua penerangan yang mengeluarkan kenyataan itu adalah dari Bersatu Bahagian Pagoh, Ledang, Labis, Muar, Bakri, Batu Pahat, Sembrong, Segamat, Sri Gading dan Air Hitam.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keputusannya meninggalkan Bersatu atas alasan hilang kepercayaan kepada presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan itu hadir dua hari selepas Ketua Bahagian Bersatu Tebrau, Mazlan Bujang melakukan tindakan sama dengan meninggalkan parti.

Tindakan itu mendapat respons Muhyiddin yang menegaskan tindakan Mazlan itu tidak menjejaskan Bersatu dalam menghadapi PRN Johor.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad tidak mahu kerajaan negeri terus bergerak atas ihsan pembangkang seperti yang terjadi ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu berkata sebagai contoh, beberapa rundingan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dapat berjalan kerana majoriti tipis satu kerusi, selain faktor Speaker daripada parti lawan.

Awani-

Tags: BERSATUMuhyiddin YassinPRN JohorUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memahami perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sukar...

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

13/06/2026
0

TANAH MERAH - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menubuhkan parti baharu dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd