• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: PKR, Amanah Bertanding 20 Kerusi, DAP 16 Kerusi

oleh Mohd Arshad
27/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Sebanyak 20 kerusi bakal ditandingi masing-masing oleh PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah), sementara DAP 16 kerusi, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, perbincangan berkenaan agihan kerusi itu berjaya mencapai kata sepakat pada Selasa.

Bagaimanapun, katanya, calon yang akan bertanding masih dalam proses akhir dimuktamad dan disahkan.

“Yang diputuskan kelmarin, PKR 20 kerusi, Amanah 20 kerusi dan DAP 16 kerusi.

“Kemudian, parti-parti itu akan berjumpa, berbincang, kalau ada parti lain yang akan bersama dan dilihat boleh membawa faktor kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) di Johor ini.

“Peruntukan ini telah diberi dan kita akan dapat kata putus mengenai parti mana yang akan bersama, berapa kerusi akan bertanding, dalam sehari dua ini, Insha-Allah,” katanya.

Mohamad berkata demikian pada sidang media selepas bersarapan bersama pimpinan PH Johor di Permas Jaya, di sini, hari ini.

Tambahnya, perbincangan lanjut akan diadakan bagi memuktamadkan agihan kerusi dengan parti lain yang mahu bertanding bersama PH pada PRN Johor ini.

Ia termasuk Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan (WARISAN).

Jelasnya, 20 kerusi PKR dan Amanah membabitkan kawasan campuran serta kawasan majoriti kaum, manakala DAP akan bertanding di kawasan bandar serta di beberapa kawasan majoriti kaum.

-Awani

Tags: AmanahkerusiPKRPRN Johor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memahami perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sukar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd