Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Wanita Indonesia Tetap Ke...

JAKARTA - Wanita Indonesia melanggar larangan kerajaan ke Asia Barat untuk bekerja sebagai...

Eksport Negara Cecah Hampir...

KUALA LUMPUR - Nilai eksport Malaysia berkembang kukuh tahun lalu apabila mencatatkan pertumbuhan...

Festival Filem Malaysia Amal...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan pengasingan pencalonan filem yang menggunakan...

Perlis Tidak Mampu Serap...

KANGAR – Kerajaan Perlis tidak ada sumber kewangan untuk serap kakitangan Jabatan Hal...

PRN Johor: Pejuang Tanding 42 Kerusi DUN

JOHOR BAHRU : Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bertanding 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan majoriti Melayu pada pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Bendahari Agung Pejuang, Datuk Dr Saharuddin Mohd Salleh berkata, setakat ini pihaknya belum memutuskan untuk bertanding secara solo atau berganding dengan Pakatan Harapan (PH).

“Pejuang cadang bergerak secara solo dalam PRN ini kerana percaya akan menang di kerusi yang kita tandingi. Perbincangan dengan PH dalam peringkat akhir dan Pejuang akan putuskan nanti selepas meneliti beberapa perkara.

“Kita yakin orang Melayu akan memilih Pejuang. Jika menang kita akan bentuk kerajaan sendiri walaupun dua pertiga majoriti menang atau 36 kerusi DUN negeri sudah boleh membentuk kerajaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

PRN Johor akan menyaksikan Pejuang bertanding dalam pilihan raya buat kali pertama selepas menolak untuk bertanding dalam PRN Melaka dan PRN Sarawak sebelum ini disebabkan pandemik COVID-19.


DUN Johor dibubarkan pada Sabtu selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh PRN diadakan dalam tempoh 60 hari.

Saharuddin yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berkata, keyakinan Pejuang mampu menarik sokongan Melayu adalah berasaskan program yang dibuat parti itu menerusi siri jelajah Tebuk ke seluruh negeri sejak hujung tahun lalu.

Beliau memberitahu, program yang bermula November lalu memperkenalkan moto parti Berintegriti, Bersih, Cekap dan Amanah menerima maklum balas yang amat memberangsangkan.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori