• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: PAS Johor Harap Penyatuan Muafakat Nasional

oleh AK-47
23/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : PAS Johor masih berharap penyatuan Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Menteri Besar, dalam masa terdekat.

Katanya, antara butiran yang akan dibincangkan termasuk usaha memperkasakan perjuangan ummah antara UMNO serta PAS di bawah payung MN.

“Buat masa ini, kita sedang berusaha ke arah itu (penyatuan MN). PAS Johor sudah berhubung dengan pihak UMNO Johor dan telah mendapat maklum balas baik untuk bertemu Menteri Besar.

“InsyaAllah, satu perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat hasil hubungan baik antara kedua-dua parti.

“PAS Pusat juga telah memberikan lampu hijau buat PAS Johor supaya menjayakan usaha penyatuan MN itu. Harapnya kita dapat mencapai persefahaman bagi tujuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Pada PRN Melaka baru-baru ini, PAS memutuskan untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan bertanding di bawah Perikatan Nasional (PN).

Namun PAS tewas kesemua lapan kerusi yang ditandinginya.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, PAS Johor sudah bersedia menghadapi PRN di negeri ini selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, memperkenan pembubaran DUN Johor, semalam.

“Pembahagian kerusi juga akan dibincangkan bersama kepimpinam Pusat selain dalam pertemuan bersama Hasni sedikit masa lagi.

“Sedikit atau banyak kerusi yang akan ditandingi, ia hanya dibincangkan di peringkat dalaman sahaja. Masih belum dimuktamadkan lagi,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), hanya seorang wakil PAS Johor menang kerusi DUN iaitu Najib Lep di Bukit Pasir.

-Harian Metro

Tags: muafakat nasionalPASPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga terhadap komitmen luar biasa...

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd