• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Logo Berbeza Tidak Jejas Hubungan Dengan Rakan Sekutu PH – Anwar

oleh Mohd Arshad
29/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Keputusan PKR menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor manakala Amanah dan DAP kekal menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) tidak menjejaskan hubungan antara kesemua rakan sekutu parti itu, kata Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata meskipun menggunakan logo yang berbeza namun hubungan kepimpinan PH masih mantap selain ia bukanlah sesuatu yang aneh dalam pilihan raya, malah ia pernah berlaku sebelum ini.

“Logo ini tidak menjejaskan hubungan, Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2013 pun kita guna logo masing-masing dan PKR ketika itu mantap, kemudian PRN Sabah, PKR pakai (logo) PKR, DAP guna logo Warisan, tetapi tidak menjejaskan hubungan.

“Ada orang cuba nak gunakan isu logo ini, seolah-olah ia belum pernah berlaku dan dibesar-besarkan.

Kami guna (logo PKR) kerana sentimen terutama di desa, orang Melayu, itu pandangan kami dan bila berbincang, perkara itu disepakati,” katanya kepada pemberita selepas sesi town hall sempena Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Pusat Kegiatan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kali ke-60 di sini hari ini.

Pada 26 Jan lepas, Majlis Presiden PH bersetuju membenarkan DAP dan Amanah menggunakan logo PH pada PRN Johor akan datang manakala PKR menggunakan logonya sendiri dalam pilihan raya itu.

Sementara itu Anwar yang juga Presiden PKR berkata syarat untuk parti itu meninggalkan rakan sekutunya, DAP, bagi membentuk kerjasama dengan mana-mana parti lain menghadapi PRN Johor tidak boleh diterima memandangkan DAP adalah induk PH sejak daripada awal.

Bernama-

Tags: Anwar IbrahimPHPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd