• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Tanding PRN Johor Guna Logo Sendiri

oleh Mohd Arshad
26/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : PKR akan bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menggunakan logonya sendiri, manakala dua sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH), iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) menggunakan logo gabungan parti pembangkang berkenaan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perbincangan pakatan pembangkang berhubung pengagihan kerusi juga sudah selesai dan PH akan bertanding di semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN), namun terbuka untuk perbincangan dengan parti pembangkang lain di luar gabungan terbabit.

“Logo kita sudah putuskan yang Keadilan (PKR) guna logo Keadilan (PKR), yang lain-lain guna logo PH. Perbincangan kerusi antara PH juga sudah selesai.

“Yang penting kita bertanding di semua 56 kerusi oleh ketiga-tiga parti (komponen) PH, tapi kita masih buka ruang bincang dengan parti pembangkang lain termasuk MUDA,” katanya yang juga Presiden PKR ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat khas PH berhubung PRN Johor di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Ditanya jumlah kerusi yang akan diperuntukkan kepada MUDA jika parti diterajui Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu setuju untuk bekerjasama dengan PH, Anwar berkata, hal itu akan diputuskan kemudian selepas perbincangan dibuat.

Mengenai kerjasama dengan BERSATU bagi PRN berkenaan, Anwar mempersoalkan sama ada bekas sekutu PH itu yang menyokong UMNO dan PAS bagi penubuhan kerajaan di peringkat Persekutuan selepas meninggalkan pakatan berkenaan, adalah sebahagian parti pembangkang.

“Kita kata pembangkang, BERSATU pembangkang?” jawabnya ringkas sambil memaklumkan satu kenyataan media juga akan dikeluarkan PH berhubung keputusan mesyuarat petang tadi.

Semalam, seorang pemimpin BERSATU Johor mencadangkan supaya Perikatan Nasional (PN) serta semua parti pembangkang yang akan bertanding PRN Johor bergabung dan berpadu tenaga bagi menewaskan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli yang mengemukan pandangan itu, turut mencadangkan penubuhan Muafakat Rakyat Johor (MRJ) yang akan dianggotai semua parti berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar juga memaklumkan, mesyuarat hari ini hanya memfokuskan mengenai agihan kerusi untuk ditandingi PH dan tidak menyentuh mengenai calon Menteri Besar mewakili pakatan itu jika menang PRN Johor.

Beberapa media hari ini melaporkan, bekas Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik antara yang disebut-sebut antara calon Menteri Besar Johor seandainya PH menang PRN berkenaan, selain Ahli Parlimen Pulai merangkap Timbalan Presiden AMANAH yang juga penyandang kerusi DUN Simpang Jeram, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Mengenai kemungkinan penyertaan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dalam kerjasama dengan PH pada PRN Johor, Anwar berkata, pihaknya mahu semua parti pembangkang bersatu dan bekerjasama.

-Berita Harian

Tags: Logo SendiriPKRPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MCA Siap Siaga Hadapi PRN Johor Pastikan BN Raih Mandat Kukuh

MCA Siap Siaga Hadapi PRN Johor Pastikan BN Raih Mandat Kukuh

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – MCA menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan jentera parti di semua peringkat...

PAS Johor Gugur Logo PN, Sedia Bertembung Dengan Bersatu

PAS Johor Gugur Logo PN, Sedia Bertembung Dengan Bersatu

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS Johor menegaskan pertembungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd