• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PGU, PGA, FRU Bantu Mangsa Banjir

oleh Mohd Arshad
05/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi membantu mangsa banjir di Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) akan menyelaraskan segala bentuk bantuan bagi penduduk yang terputus hubungan akibat banjir.

“Helikopter milik Pasukan Gerakan Udara (PGU) juga akan digunakan untuk menghantar bekalan keperluan bagi penduduk di Segamat yang terputus hubung susulan jalan darat dinaiki air.

“Bagi operasi pasca banjir yang bakal dilaksanakan pula, elemen KDNKA seperti Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM), PGU dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan digerakkan untuk menjalankan proses pembersihan infrastruktur awam dan rumah ibadat di Segamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Secara keseluruhan terdapat enam agensi kerajaan ditugaskan dalam Op Banjir di daerah Segamat dengan kekuatan 377 anggota.

“Antara agensi yang terbabit ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART),” katanya.

-Harian Metro

Tags: BanjirFRUmangsa banjirPGAPGU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd