• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Sedia Sebarang Kemungkinan 22 Januari Ini

oleh AK-47
11/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Pemuda UMNO negeri bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya keputusan yang bakal diperoleh selepas pertemuan antara UMNO dan Pas negeri pada 22 Januari ini tidak seperti yang diharapkan.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, apa yang penting, usaha untuk sama-sama mengukuhkan hubungan antara kedua-dua parti itu dilaksanakan sebaik mungkin.

“Pemuda UMNO Kelantan berharap pertemuan dengan Pas Kelantan nanti dapat memuktamadkan perkara utama hubungan politik yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

“Ini penting bagi memberi peluang kedua-dua parti menggarap hala tuju perjalanan politik negeri Kelantan yang tentunya amat ditunggu-tunggu oleh rakyat.

“Bagi pihak UMNO, kami merasakan kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya apa yang diputuskan dalam perbincangan nanti tidak seperti yang kami inginkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Pas Kelantan menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh pertemuan antara parti itu dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua pihak melalui Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, Noor Hariri berkata, perkara paling utama ialah sama ada Pas masih mahu bersama dengan UMNO atau pun lebih selesa memilih parti lain sebagai rakan kongsi politik mereka di Kelantan.

Jelasnya, walaupun UMNO mungkin tidak sekaya parti lain dari segi wang ringgit tetapi UMNO menawarkan persahabatan jujur yang melangkaui sempadan politik ketika mereka sama-sama menjadi pembangkang.

“Sejarah telah membuktikan setelah Piagam Muafakat Nasional dimeterai, UMNO tidak pernah membelakangi Pas dalam membuat keputusan demi penyatuan ummah dan tidak sesekali menikam belakang kawan.”

-Awani

Tags: Pemuda UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

25/12/2025
0

PEKAN – Pemuda UMNO Pekan menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan polemik berkaitan isu Titah Adendum yang dilihat berpotensi membentuk naratif berbahaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd