• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan PKR April Ini, Kongres Nasional Pada Jun

oleh AK-47
22/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk pemegang jawatan bagi sesi 2022 hingga 2025 akan berlangsung pada 22 hingga 29 April manakala Kongres Nasional dari 10 hingga 12 Jun ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, tarikh itu diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang turut menetapkan tempoh pencalonan bermula 11 hingga 19 Mac ini.

Bagi memastikan proses pengundian lancar, beliau memohon ahli parti menyemak status mereka di laman sesawang https://semakan.keadilanrakyat.org.

Saifuddin juga berkata, senarai ahli untuk pemilihan dan Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) perlu didaftar selewat-lewatnya 31 Jan ini.

“MPP turut menetapkan kesemua Cabang Keadilan seluruh negeri untuk mengadakan MATC bermula 4 hingga 27 Mac disusuli Kongres Nasional.

“Segala ketetapan ini bagi memastikan perjalanan parti terpelihara selaras Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Dr Zaliha Mustafa yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Manivanan Gowindasamy sebagai Timbalan Pengerusi bagi mengelola perjalanan pemilihan parti itu.

-Harian Metro

Tags: Kongres NasionalPemilihan PKRPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki meluahkan pandangannya mengenai PKR yang pada beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd