• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Awal Rungkai Siapa Bunuh Zayn Rayyan

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Masih Awal Rungkai Siapa Bunuh Zayn Rayyan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Masih terlalu awal untuk pihak polis merungkai mana-mana individu yang boleh dikaitkan terlibat dalam pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya dalam proses mendapatkan keterangan-keterangan secara fizikal untuk mengesan suspek.

Kata beliau, proses ini termasuk mendapatkan maklumat lanjut sekali lagi daripada ibu bala mangsa, jiran dan saksi bagi membantu siasatan.

“Kita sudah ambil maklumat terhadap ibu bapa, jiran dan saksi pertama yang jumpa mayat Zayn,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Mohd Fakhrudin, siasatan ketika ini akan menumpukan keseluruhan kawasan tempat tinggal mangsa bagi mendapatkan petunjuk.

Kata beliau, siasatan lanjut di tempat kejadian membabitkan pelbagai elemen Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Unit Forensik, Unit Anjing Pengesan (K9) serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Kita juga memohon orang ramai terutama penduduk setempat yang mempunyai sebarang maklumat untuk membantu siasatan polis, walau sekecil-kecil maklumat diharap dapat membantu siasatan kita.

“Tumpuan siasatan kita ialah di keseluruhan kawasan perumahan ini yang mengandungi 18 blok apartmen terdiri 2,484 kediaman serta kedai dengan keluasan kawasan kira-kira lapan hektar serta kawasan anak sungai di mana mayat mangsa ditemui,” jelasnya.

UtusanOnline-

Tags: kanak-kanakpembunuhanZayn Rayyan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd