• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembunuh Imam Fadi Berjaya Ditangkap

oleh AK-47
09/01/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lelaki warga asing yang merupakan suspek utama kes pembunuhan imam dan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr. Fadi Mohammed Al Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 dikatakan telah berjaya ditangkap oleh pihak keselamatan Gaza.

Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharunya di Facebook pagi ini.

“Berita tersebar pagi tadi bahawa pengintip dan pembunuh Imam Fadi Al-Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 berjaya ditangkap di Gaza oleh pihak keselamatan.

“Pembunuh tersebut masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit dan perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan ditangkap,” katanya.

Tambah Nadir, suspek tersebut memaklumkan membunuh Imam Fadi bersama lelaki yang lain di Kuala Lumpur ketika itu.

Terdahulu, Allahyarham Fadi maut ditembak oleh dua lelaki bermotosikal yang melepaskan 10 tembakan di badan dan kepala mangsa pada 21 April 2018 sekitar pukul 6 pagi.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke Surau Medan Idaman, Setapak bagi menunaikan solat Subuh dan pembunuhan pensyarah warga Palestin itu dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad.

-Kosmo Online

Tags: ditangkapImam Fadipembunuhan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh

Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh

23/12/2024
0

ALOR GAJAH - Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini menetapkan 23 Januari depan sebagai sebutan semula kes pembunuhan kejam seorang...

Masih Awal Rungkai Siapa Bunuh Zayn Rayyan

Masih Awal Rungkai Siapa Bunuh Zayn Rayyan

08/12/2023
0

PETALING JAYA : Masih terlalu awal untuk pihak polis merungkai mana-mana individu yang boleh dikaitkan terlibat dalam pembunuhan kanak-kanak autisme,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd