• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Tun M Sahkan Bekas PM Di Unit Penjagaan Koronari IJN

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jurucakap pejabat Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bekas perdana menteri itu kini dirawat di Unit Penjagaan Jantung Institut Jantung Negara (IJN).

Hampir jam 4 petang tadi, jurucakap itu menjawab pertanyaan media, berkata: “Ya, Tun Mahathir ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU).”

Terdahulu, pembantu Dr Mahathir berjanji akan mengeluarkan penjelasan tidak lama lagi di tengah-tengah desas-desus bekas perdana menteri itu telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk kali ketiga dalam sebulan.

Pihak media telah meminta penjelasan daripada pejabat Dr Mahathir tetapi ketua komunikasinya, Sufi Yusof, memetik sensitiviti berkenaan isu itu dan berkata kenyataan akan dikeluarkan apabila keadaan mengizinkan.

“Terima kasih kerana memahami. Dan saya rasa kita semua telah bekerja dengan baik untuk memahami antara satu sama lain,” kata Sufi kepada pemberita dalam kumpulan akhbar Mahathir di WhatsApp.

“Bagi pihak kami buat masa ini kami dikawal oleh sensitiviti serta isu persetujuan dan bidang kuasa.

“Saya melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan isu-isu itu supaya kita dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat mengenai situasi tersebut,” kata Sufi.

“Jadi bersabarlah sebentar sehingga kami dapat menyelesaikannya. Apa sahaja yang berada dalam bidang kuasa saya, saya akan membalas secepat yang saya mampu,” katanya.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan sekumpulan petugas media berkumpul di IJN untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Dr Mahathir.

IJN dijangka mengeluarkan kenyataan lewat hari ini, menurut pejabat Mahathir.

Ahli parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan penuh dan pemerhatian lanjut pada 16 Dis lalu dan menghabiskan masa seminggu sebelum dibenarkan keluar pada 23 Dis.

Dia kemudiannya dimasukkan ke IJN untuk prosedur elektif pada 7 Jan dan keluar pada 13 Jan.

-Malaysia Kini

Tags: IJNPejabat Tun MTun MahathirUnit Koronari IJN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd